Artis / Selebriti
” Nak pakai kaftan and ponjot rambut macam mommy. Anak dara dah dia, cepat betul besar.. ” – Fazura
Gambar Terbaru Anak Nur Fazura, Nur Fatima Aisya Yang Begitu Comel Memakai Kaftan Cur1 Perhatian Warganet. Alololo Comel Sungguh Fatima Duduk Ayu Ala-Ala Gadis Melayu Terakhir Tu !!
Kehidupan selebriti Nur Fazura sejak dahulu sehinggalah mendirikan rumahtangga bersama Fattah Amin sering menjadi perhatian umum. Lebih-lebih lagi apabila pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya.
Nur Fatima Aisya atau lebih mesra dengan panggilan Fatima juga sangat popular seperti kedua orang tuanya. Fazura dan Fattah turut mewujudkan satu akaun rasmi di akaun Instagram dan berkongsi perkembangan Fatima kepada umum khususnya untuk peminat-peminat.
Terbaru, Fazura memuatnaik gambar yang memaparkan Fatima comel memakai kaftan. Menerusi gambar tersebut kelihatan Fatima duduk di atas tangga dan di sebelahnya mempunyai beberapa anak patung tersusun comel. Tulis Fazura, Fatima mahu memakai kaftan serta mengikat rambut tinggi kerana mahu meniru gayanya.

Selain itu, tulis Fazura lagi, masa berlalu dengan pantas kerana Fatima kini sudah semakin membesar. Sehingga kini, gambar terbaru Fatima menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Fatima, comel betul Fatima senyum tu.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
Di ruangan, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecomelan Fatima di dalam gambar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masya Allah manisnya tengok senyum Fatima.. Dah besar lah budak ni.. Huhu memang mini mommy dia betul kan, hehehe.. “
” Halah halah sopannya cara dia duduk nak ambik gambar.. Know know dah pakai beg2 mommy nya nanti.. Get ready mommy.. “
” Muka daddy dia betul.. Tapi bab perangai suka melaram fesyen betul2 ikut mommy lah.. Kejapnya Fatima dah besar, alahai.. “
” Aloo lor tomei nye dia anak dara tecik siape la ni yee.. Betul Faz, kita pun rasa cepat betul Fatima dah besar, makin comel.. “
” Nyamma heret skali kwn2 dia dok kat tangga tu, so comel sangat gambar ni.. Jadikan kenangan nanti dia besar nanti suruh dia tgk.. “
” Sopannn santunnnn.. Anak siapaaa… Alah amboiii² anak siapaa.. Comellll sangat nii.. Opah geram tengok muka nyamma tu tau.. “
” Alololooo rindu nyamma lama tak nampak.. Ayu sungguh lah tengok dia.. Still remember dulu nyamma jalan terkedek-kedek nak tunjuk baju kaftan kat daddy. Time flies.. “
Bagi yang suka mengikuti perkembangan Fatima di Instagram, pasti mengetahui yang Fatima suka berfesyen seperti ibunya. Walaupun hanya duduk di rumah, Fatima sendiri akan memilih pakaian yang akan dipakaikannya. Apa-apa pun semoga Fatima terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen



