Connect with us

Artis / Selebriti

” Nak nangis pun ada, mesti seronok. Kenangan yang terindah buat coach Putera Muhammad.. ” – Netizen

Video Perjalanan Putera Muhammad Untuk Ke Sekolah Amir Yang Jauh Di Pedalaman. Fuh Memang Betul-Betul Mencabar Dan Berliku Perjalanannya. Dapat Juga Putera Muhammad Merasai Kepayahan Amir Dan Cikgu-Cikgu Ulang Alik Sepanjang Program The Chosen One !!

Menerusi akaun Tiktok Aqilah Maria iaitu isteri kepada Putera Muhammad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perjalanan Putera Muhammad bersama teamnya dari ibu kota ke sekolah Amir di Gerik, Perak. SK Rps Kemar terletak jauh di pedalaman dan perjalanannya sangat mencabar.

Pada awal video, dapat dilihat Putera memandu kereta menuju ke Gerik. Setibanya di jeti, mereka semua menaiki bot yang disediakan. Perjalanan masih panjang, selepas bot perlu menaiki kenderaan 4×4 kerana jalannya yang berselut tebal.

Klik gambar untuk info..

Pemandangan yang indah mengiringi sepanjang perjalanan Putera ini. Selain hutan, terdapat juga air sungai yang cantik di kawasan ini. Bukan mudah untuk sampai ke sekolah Amir. Terhoyong hayang Putera dan teamnya duduk di belakang truck, namun ianya menyeronokkan mereka.

Setibanya di kawasan kampung, sambutan penduduk kampung dan pelajar juga meriah. Seronok semua dapat bertemu coach adik Amir ini. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Putera. Yang paling gembira tentu lah si Amir, abang handsomenya datang sekolah akhirnya.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@aqilahmaria_

Pengalaman baru untuk @Putera Muhammad dapat turun ke kawasan sekolah @Amir Sisi(Unuk)Official. Dapat rasakan sendiri macam mana perjalanan Amir ulang alik sepanjang The Chosen One berlangsung. Cikgu-cikgu Amir memang hebat @Termoj Production 🙌🏼 #puteramuhammad #amirsisi #thechosenone

♬ original sound – Aqilah Maria – Aqilah Maria

Hampir 10 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Pengalaman berharga buat putera muhammad datang ke kg amir dan rasai sendiri mcmana amir lalui.. Terbaik putera muhammad dan isteri.. ”

” Bila keikhlasan lahir dari hati terpancar keikhlasan dlm perbuatan.. mmg suka tengok air muka putera Muhammad ni… senyum selalu.. ”

” Rezeki awak adik Amir. dpt abg putera yg sanggup berkorban.. dtg dari jauh untuk awak adik. memori yg sngt mahal.. ”

” Alhamdulillah .. Putera & team ke kg Amir.. Putera u so humble, Kak jatuh cinta dgn keikhlasan mu pd adik amir.. smoga Ukhwah ni kekal selamanya.. ”

” Kenangan yg terindah buat coach putera muhammad.. bila tgok vtt ni teringat betapa susah payah Amir dan cikgu2 lalui setiap mggu ke TCO. Alhamdulillah MMG Amir sememangnya layak.. ”

” Nak nangis pun ada, mesti seronok.. sedikit sebanyak coach rasai kehidupan bangsa kami, mencabar x coach hehe.. ”

Klik gambar untuk info..

” Begitulah susah pyh seorang yg bernama amir nk jd seorang bintang..sy kagum juga dgn putera krana sgt baik dgn amir.. ”

” Dapt merasa macam mana Amir dan cikgu rasa dlm mengejar cita cita Amir.. tahniah semua.. mahal pengalaman ni. Putera mohammad coach yg hebat kiriman dari tuhan utk adik amir semoga ukhwah & siratulrahim ni kekal ke syurga aminn.. ”

Beruntung Amir ada abang Putera yang sebaik ini begitu juga Putera beruntung dapat mengenali Amir. Yang pasti, perjalanan kali ini akan menjadi memori dan kenangan terindah dalam hidup Putera Muhammad. Semoga ukhuwah antara Putera Muhammad dan Amir kekal berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Aqilah Maria

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT