Artis / Selebriti
” Nak minum ubat pun nak pilih negeri, cute je Jebat ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ketika Ingin Diberi Makan Ubat Mencuit Hati Warganet. Alahai Belum Habis Lagi Bab Negeri Penang Dan Kelantan Dia. Makan Ubat Pun Nak Jadi Orang Penang. Ad0i Lah Jebat, Lawak Sungguh !!
Telatah anak Sharnaaz Ahmad dan Noornabila, Jebat Jayden seringkali membuatkan warganet tergelak melihatnya. Mulut Jebat yang petah dan suka berceloteh itu menghiburkan hati ramai. Pada perkongsian terdahulu, Noorintanz atau dikenali sebagai Ccik ada menunjukkan video Jebat tidak mahu pulang beraya ke Kelantan.
Video Jebat yang bertegas mahu beraya di Penang dan tidak mahu balik ke Kelantan menggeletek hati warganet. Menerusi akaun Instagram Srikandi79, telah diulangsiar video dari Instastory Ccik yang memaparkan gelagat Jebat ketika ingin diberikan ubat.
Jebat sebelum ini mendapat rawatan di h0spital kerana dem4m ter0k. Masih perlu makan ubat, Ccik memujuk Jebat dan perbualan ini dirakamkan. Kata Jebat, orang Penang berani makan ubat tidak seperti orang Kelantan yang tak0t makan ubat.

Bukan main lagi Jebat, standby dengan air botol di tangan sementara Noornabila menyuapkan ubat. Makan ubat pun muka tersengih sahaja Jebat ini. Tak kisah lah Jebat mahu menjadi orang Penang atau Kelantan, asalkan ubatnya berjaya dimakan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya terhibur dengan telatah oleh Jebat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nak minum ubat pun nak pilih negeri… alahai Jebat… mencuit hati betul laa.. Comelnya… orang Penang ni.. ”
” Wa what a hero makan ubat pun senyum Jebat selalu senyum. Orang Penang tu banyak mamak , nana mami aci mamu kalau Jebat selalu senyum”Nala puley”.. ”
” Orang Penang je pandai makan ubat ye Jebat haha. banyak tawar menawar… sikit-sikit air ni air ni hehehe cute jer Jebat ni.. ”
” Steady lah orang Penang haha. Alahai nak makan ubat pun comel Jebat ni. Get well soon anakanda.. ”
” Jebat anak Kelate campur Penang kan kan kan haha.. Get well soon our heart.. love you jebat.. manis selalu senyum tu.. ”
” Orang penang je kuat dan berani makan ubat. Orang kelantan tak kuat laa.. takpe la baby asal baby makan ubat.. ”
” Jebat ni macam-macam akal betul.. betul-betul anak antu ni.. punya lah Jebat suka jadi orang penang hahaha.. anak baba sungguh.. ”
Alahai Jebat Jayden, nak makan ubat pun wajib pilih hendak jadi orang negeri mana ye. Nasib lah ada Ccik yang rajin melayan kerenah Jebat. Sebut orang Penang je laju buka mulut yer Jebat. Baba Sharnaaz, tengok lah anak kesayangan baba ni. Orang Penang yang berani, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Srikandi79
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya




