Connect with us

Artis / Selebriti

” Nak keluar pun mintak izin walaupun dah besar, tahu adab cakap terima kasih.. ” – Komen Netizen

Video terbaru anak sulung Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan sebelum dan selepas selesai mengambil ujian berkomputer untuk lesen memandu raih perhatian warganet. Bagusnya Ammar ni, tinggi budi pekertinya. Part minta izin keluar dengan Dato’ Aliff tu paling win, terbaik lah Ammar.. 

Kebelakangan ini, anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida iaitu Ammar Ahyan sering menjadi tumpuan ramai. Sikap Ammar yang humble dan tidak pernah sombong walaupun membesar dalam kehidupan yang serba mewah disukai ramai.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Dato’ Aliff, telah dikongsikan suasana sebelum dan selepas Ammar ke pusat ujian berkomputer sebagai salah satu proses dalam mendapatkan lesen memandu. Sebelum keluar, Ammar meminta keizinan dan restu daripada papanya.

Ammar tampil kemas dan penuh keyakinan ke pusat ujian. Walaupun persediaannya tidak 100 peratus, Ammar hanya berserah kepada Allah. Hasilnya Ammar berjaya lulus dalam ujian ini. Perkara pertama yang Ammar lakukan adalah menghubungi Datin Shahida dan Dato’ Aliff untuk memaklumkan mengenai markah ujiannya itu.

Datin Shahida dan Dato’ Aliff mengucapkan tahniah kepada anak teruna mereka ini. Coret Dato’ Aliff di ruang kapsyen, dia merasa sangat speechless ketika Ammar menelefonnya. Ammar contoh anak orang kaya yang ada pakej lengkap, rupa yang sedap dipandang dan adab sopan yang tinggi terhadap ibu bapa.

Jom tonton video di bawah :

@papalarisofficial

Anak sulong abah mama dah besar. @Daania Sophea Kacip Dan Busuk Sekejap ja masa berlalu. Sekarang dalam proses ambil Lesen kereta . Tahniah wahai anak abah mama @Nur Shahida Mohd Rashid n jayanya . Seminggu sahaja Study ya. Part Call Abah mama tu tak tahan tu 😂🤣 Sangat Spechless 💕 Amayan hebat, go anak abah mama. Nanti boleh bawa abah mama naik kereta 🤲 🤲❤️😘 #i

♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Suka aku tengok dato ni dengan anak² dia. Walaupun garang, tapi dia memang sejenis bapak sejati. Kalau dato tak bagus, takkan la anak dia respect dia.. “

” Nak keluar pun mintak izin walaupun dah besar, tahu adab cakap terima kasih. Pergi ambik ujian komputer pun pakai sopan. Adab dan attitude bagus tu fundamental, kaya tu bonus.. “

” Part paling win minta izin dengan abah nk hang out dgn kawan.. terbaik .. Pandai dia da lulus terus minta izin kuar pasti lepas punya sbb da lulus. kalau x lulus nk minta kuar mau kena petir dgn dato haha.. “

” Aku suka betul dengan amayan ni dia punya tahap trust dengan Allah tu tinggi betul. Dia mmg yakin apa2 jadi mesti dengan izin tuhan. terbaik didikan dato’ dengan datin.. “

” Walaupun kita kenal aliff syukri ni mcm mana , tapi bila bab nk mintak izin ape2 je dekat bapak ni gugup jantung + tergagap do.. dia punya pertanyaan soalan mcm kena siasat polis.. “

” Bagus tutur dia ckp terima kasih tu tak lekang dari mulut dia.. Bagus amayan ni.. setiap benda dia nk buat dia gitau parents dia. Jarang nak jumpa budak laki mcm ni ngn parents.. “

” Nak keluar mintak izin abah, abahnyaa pun takutt dgr soal , abah abah sgt tau haha.. Ammar ahyan ni cool je berbeza betul dgn abah dia.. Dia ada vibe ank org kaya tu.. “

Bagus didikan Dato’ Aliff dan Datin Shahida dan hasilnya dapat dilihat daripada adab yang Ammar tonjolkan sekarang. Tutur kata yang sopan dan ucapan terima kasih yang tak lekang dari mulut Ammar untuk kedua ibu bapanya itu. Semoga Ammar terus menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik dan berjaya dalam kehidupannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliff Syukri, Tiktok Aliff Syukri  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak