Artis / Selebriti
” Nak ambil hati anak, kena lah ambil hati mak.. ” – Erma Fatima
Video Erma Fatima bermanja-manjaan dan mengusik ibu Fattah Amin, Puan Azizah buat ramai terhibur. Amboi, pandai Erma pikat hati bakal ‘mak mertua’. Comel reaksi ibu Fattah bila Erma suruh pilih dia atau Amira sebagai menantu. Kelakar betul Erma ni, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erma mengusik ibu Fattah Amin, Puan Azizah. Ini ada video sekuel daripada video Erma menyakat Amira kerana mengatakan Amira suka mendampingi ‘tunang’nya iaitu Fattah.
Tulis Erma di ruangan kapsyen mengatakan jika hendak memenangi hati si anak, perlu lah mengambil hati ibunya dulu. Pandai Erma membawa hadiah untuk ibu Azizah berupa bekas untuk mengisi biskut raya. Sempat Erma berseloroh meminta ibu Azizah membuang semua bekas-bekas yang lama.
Gurauan Erma itu tidak berakhir di situ dan Erma mengambil kesempatan untuk menyakat Amira sekali lagi. Spontan Erma meminta ibu Azizah untuk memilih siapa yang diinginkan sebagai menantu sama ada Erma atau pun Amira. Apa lagi, tergelak ibu Azizah dengan permintaan Erma itu.

Ibu Azizah sememangnya baik dan penyayang terhadap semua orang. Bukan main lagi ibu Azizah dan Erma berpelukan. Kata Erma, kalau sudah manja-manja sebegitu tentu lah ibu Azizah memilih Erma menjadi menantu. Hah licik dan bijak betul Erma mengambil hati bakal mak mentua, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaha kalah teruk ni.. Dahsyat ek… boleh la buat drama mcm nie.. kak erma jd tunang fattah dlm drama tu.. amira rakan sekerja fattah..cer buat drama.. mesti meletop.. “
” Ibu pilih lah yg mana satu ibu nak buat menantu.. Amira ke saya?.. “ALLAHH” terus keluar dari mulut ibu fattah.. Hahahah.. “
” Memang terhibur la kalau tengok.. Comelnya ibu Fattah Amin ketawa.. dengan kita ikut ketawa sama.. sporting sangat ibu.. “
” Sambungan sekuel ‘tunang itu’ semalam haha.. Dia paksa suruh pilih pulak guyss.. aku terbahak ketawa dengan perangai erma ni.. dah di persimpangan dilema ibu fattah, haha.. “
” Kalau betol betol jadi tunang mau Wedding of the Year jugak.. Agaknya mmg rezeki FA dapat pasangan yang agak matang tak dimamah usia.. “
” Dia punya soalan rapid fire tak bagi mentua bernafas haha.. Kelakar betul kak Erma ni.. krem pipi gelak dari semalam.. “
” Haru ng mokcun ni paksa suh plih tu.. pastu suh buanv smua mgkuk haahha.. adoiii bt hal la mokcun ni.. Keluar air mata aku dengan mokcun ni.. terhibur.. “
Mencuit hati sungguh pengarah dan pelakon hebat ini berlakon, dengan ibu Fattah pun terhimpit sama dalam drama Erma. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan daripada Erma sahaja. Semoga pembaca yang menonton juga turut terhibur dengan sketsa pendek Erma itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

