Artis / Selebriti
” Naik bulu roma dengar anak beranak nyanyi. Padu suara Awie dan Merrah, suara mantap.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Awie menyanyi verduet bersama anak lelakinya, Putera Ahmad Mereah curi perhatian warganet. Wah padu betul gandingan suara anak dan ayah ni. Suara Merrah dan macam Dato’ Awie sangat..
Dato’ Awie antara selebriti yang masih diminati ramai sekali pun sudah berdekad lamanya berada dalam industri seni tanah air. Kelunakan suara Dato’ Awie membawakan lagu rock dan juga genre lain disukai oleh peminatnya. Kini suara emas Dato’ Awie itu diwarisi oleh anak lelakinya, Putra Ahmad Merrah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Brad Mpire dan Leecina, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Dato’ Awie berduet bersama Merrah menyanyikan lagu Bara yang pernah menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu.
Paduan suara Dato’ Awie dan Merrah benar-benar menghiburkan para peminat. Ramai yang berpendapat bahawa suara Merrah hampir sama dengan suara Dato’ Awie. Bukan sahaja dari segi vokal, malah wajah Merrah juga mengingatkan peminat kepada rupa Dato’ Awie ketika zaman mudanya dahulu.

Warganet turut memuji cara Dato’ Awie melayan Merrah seperti seorang sahabat. Gelagat dan senda gurau antara Dato’ Awie dan Merrah nyata menyenangkan hati ramai. Dato’ Awie juga dikenali sebagai seorang bapa yang penyayang dan sentiasa melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Tidak hairanlah mengapa kesemua anaknya begitu manja dengan beliau.
Jom tonton video di bawah :
@brad.mpire Pandai @ahmadmerrahh🥀 hiburkan kembali hati daddy Awie🫰🏼🫰🏼❤️.. Ayah & Anak sporting menghiburkan tetamu yang hadir..👏🏽👏🏽👏🏽😁😁😂😜 #datoawie #awie #merahh #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
@leecina Duet seorang Ayah & Anak. Memang Padu #ATDK #AwieAlPamalo #wedding
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Merah boleh pergi jauh lgi suara memg padu n untuk datok Awie suara memang the best dri dlu lgi mint Smpai sekarang.. “
” Padu suara Awie n merahhhh.. ada aura penyanyi merah.. Penganti Awie nanti.. naik bulu roma dgr ank beranak nyanyi.. lagu yg paling saya suka suara mantap.. “
” Terbaik dn padu anak dn ayah.. sebijik macam awie masa muda dulu.. suara muka sama betul.. copy paste junior dato’ awie.. “
” Kalau ayah dia latih dia betul betul, boleh jadi penyanyi yang hebat merah ni. mcm kwn dato awie dgn ank dia merah,ride pn sekali.. terbaikk lah.. “
” Copy paste awie sungguh merah ni.. muka sebijik sama macam awie muda muda dulu.. suara pun nak sama.. suka tgk bila ank dgn ayah blh bergurau..
” Sporting juga ye ayah dan anak. Dah seperti kawan member rapat tak seperti ayah dan anak.. awie ni kalau ada piala best dad, mesti dia dapat.. suka tengok dia layan semua anak-anak dia.. “
” Hadoii macam awie tengok diri sendiri.. muka nak sama, suara pun nk sama.. dato awie happy ada pewaris.. suka tgok hubungan camnie.. alhamdulillah. Awie antara contoh ayah yang baik dgn anak-anak.. bahagianya jadi anak awie.. “
Suaran Merrah memang saling tak tumpah dengan suara papanya, seolah-olah melihat Dato’ Awie ketika zaman mudanya dahulu. Jika bakat nyanyian Merrah terus digilap dan diasah, tidak mustahil Merrah mampu menjadi pelapis yang meneruskan legasi Dato’ Awie dalam industri muzik tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Brad Mpire, Tiktok Leecina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen

