Connect with us

Viral

” Mustahil anak orang biasa boleh appoint dan bayar lawyer hebat ni. Peguam kes berprofil tinggi tu.. ” – Komen Netizen

Kehadiran peguambela tertuduh pertama kes Zara Qairina di Mahkamah Kota Kinabalu raih perhatian ramai. Fuh bukan peguam biasa-biasa ni. Rakyat marhaen tak akan mampu tanggung kos guaman. Adakah ura-ura anak VVIP sebelum ini benar.. 

Hari ini 5 orang remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina telah pun didakwa di mahkamah kanak-kanak Kota Kinabalu. Kes ini mendapat liputan meluas, malah sehingga ke luar negara juga kematian Zara menjadi topik hangat. Sebagaimana arahan daripada pihak SUHAKAM, nama dan wajah tertuduh tidak dibenarkan didedahkan kepada umum kerana masih bawah umur 18 tahun.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram 501 Awani dan Extra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan salah seorang wartawan melaporkan dari situasi yang terjadi di mahkamah. Menurut wartawan ini, seorang peguam terkenal dan selalu mewakili kes berprofil tinggi menjadi peguambela salah seorang tertuduh.

Berita  ini sememangnya menjadi tumpuan warganet dan timbul pelbagai andaian di kalangan warganet. Kos guaman peguam ini bukan murah dan hanya yang berduit mampu untuk membayarnya. Status tentang siapa tertuduh yang diwakili oleh peguam ini mula menjadi perbualan warganet.

Ura-ura sebelum ini yang mengaitkan hubungan tertuduh dengan VVIP kembali berlegar di media sosial. Peguam yang mewakili ibu Zara pula hadir ke mahkamah sebagai pemerhati bagi pertuduhan untuk 5 orang remaja tersebut. Untuk makluman, kelima-lima remaja ini tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih pelbagai reaksi daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dato Ram Singh.. Kes kes berprofil tinggi. Mustahil anak orang biasa boleh appoint dan bayar lawyer ni. Mesti anak VVIP.. “

” Ni mesti anak VVIP.. upah peguam yg da biasa handle kes berprofil tinggi.. Peguam nya hebat hebat.. bole nampak dah ke mana kes ni. Ya Allah kau tunjukkan lah kebenaran ini.. “

” Jika mampu byr peguam mahal.. Nmpknya pembunuh tu vvip.. Jika org miskin dia mana mmpu beli peguam mahal.. Nmpk ketara sgt.. Money is king.. “

” Semoga DATO ram diberikan ketepuan idea kegagalan bercakap gagap dalam berhujah semasa membela tertuduh yang betul2 bersalah di sisi yang maha ESA. Jika tertuduh tidak bersalah semoga DATO diberikan kejayaan Dan kebahagian Dunia akhirat.. “

” Wowww bermaksud tertuduh bkn golongan rakyat jelata lah kalau dah mampu hire Datuk Ram Sigh.. Bukan calang-calang.. “

” Nampak dah.. orang biasa2 mana mampu nak hire peguam2 hebat camni.. kaya kelurga tertuduh ni.. moga Allah bantu untuk kita dapatkan keadilan untuk Zara.. “

” Peguam yang seringkali terlibat dengan kes berprofile tinggi mewakili tertuduh pertama. nampak sangat vvvvvvip nyaaaa, sudahlah.. Semoga kejayaan berpihak pada arwah Adik Zara Qairina.. “

Peguambela yang hebat dan bukan murah bayarannya dipertanggungjawabkan membela nasib tertuduh pertama dan ini point yang semakin membuatkan warganet yakin tertuduh bukan anak orang biasa. Walau sehebat mana pun peguam, semoga Allah membantu segala usaha ibu Zara untuk mendapatkan keadilan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG 501Awani, IG Xtra   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Liana by Aliff Syukri
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak