Connect with us

Artis / Selebriti

” Mungkin dia bayangkan jika ni last dia buat persembahan dengan Tun.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan air mata ketika sesi raptai bersama Tun Hasmah buat ramai sebak. Moment yang menyentuh hati, sampai terhenti seketika nyanyian Tokti.. 

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kamemah, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan suasana ketika biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat raptai persembahan untuk Orkestra Tradisional Malaysia : Sound Of Malaysia.

Menurut laporan di portal Xtra, raptai ini yang dilakukan sebelum konsert mengundang kesedihan warganet kerana DS Siti tidak dapat menahan sebaknya melihat kesungguhan Tun Hasmah bermain piola untuk mengiringi persembahannya. Pada usia Tun Hasmah yang menghampiri 100 tahun, ianya sesuatu yang menakjubkan.

DS Siti yang sedang menyanyi terhenti seketika nyanyiannya dan kelihatan riak wajah DS Siti yang sedang menangis sambil memandang ke arah Tun Hasmah. Semangat Tun Hasmah itu menyentuh hati DS Siti dan Tun Hasmah seperti mother figure untuk DS Siti.

Siapa yang tidak sebak melihat susuk tubuh yang semakin kurus dan uzur rela memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjayakan konsert ini. Memetik komen warganet, pastinya dalam hati DS Siti terdetik moga ini bukan lah kali terakhir dirinya dapat sepentas bersama Tun Hasmah.

Jom tonton video di bawah :

@kamemah

Context : Tun Hasmah iring persembahan Tokti smlm. Tokti terharu tun main utk dia dan bagi tokti, tun Hasmah ibarat mother figure buat beliau 🥺🦋 #programjangkauanOTM #soundsofmalaysiaMMU #otmistanabudaya #orkestratradisionalmalaysia

♬ original sound – Naksu – Naksu

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tun Hasmah dan Tun Mahathir mempunyai aura yg mana bila memandang mereka, akn terus jatuh kasih dan syg. Jgn disangkal aura mereka sejak dulu lg sehingga mereka bdua dimamah usia mereka tetap dipandang oleh rakyat dgn penuh kasih.. “

” Dia mcm dalam hati. “i hope this is not our last..” I can feel that. Sedihnya.. tokti sebak dia lain macam.. kite tngok ni pn, dh berkaca d mata.. “

” Tengok Siti Nurhaliza nangis auto sebak.. teringat ibu.. Siti banyak menangis sekarang, agaknya usia sekarang lebih cepat tersentuh dgn lagu n lirik dan suasana.. dia mlihat diri dia bila dh berusia mcm tun … tua mengejar kita.. “

” Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir dua insan yang mmg bila kite tengok auto rasa nak nanges.. Tun Siti Hasmah dan Tun Mahadir terlalu istimewa bagi kite semua.. “

” Sy ni dh 2hr migrain sbb nangis… Lalu pulak yg ni bertambah nangis sy, td tgk tokti peluk Tun hasmah pon nangis jg. Ape ni.. “

” Mngkn dia bygkn jika ni last dia buat prsmbh dgn tun.. tun pun dah uzur sgt .. tp still bg komtmn tinggi nk jy kn prsmbhn ni.. “

” Aku yg jantan nie pun menangis.. Yg sorg jasa dia pada negara, sorg lagi mengharumkan nama negara.. dua wanita yg hebat.. “

Ramai yang sebak melihat air mata DS Siti menitik kerana mengenangkan Tun Hasmah yang tetap bersemangat walaupun sudah uzur. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan umur yang panjang untuk Tun Hasmah dan sentiasa gembira bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Kamemah, Portal Xtra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Classic Moon Sling Bag
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak