Artis / Selebriti
” Mummy faham setiap kali birthday Daddy mesti akan sedih.. ” – Watie Hanifiah
Video Watie Hanifiah Dan Anak-Anak Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Shuib Sepahtu. Seronok Betul Uwais, Dekta Dan Matin, Mummy Pun Sama Naik Dengan Anak-Anak. Tapi Ada Yang Kata Nampak Riak Wajah Shuib Macam Sedih !!
Meninjau entry terbaru Watie Hanifiah di akaun Instagram milik yupnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie bersama anak-anaknya, Uwais Al-Qarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin membuat kejutan hati lahir untuk insan kesayangan mereka, Shuib Sepahtu.
Tanggal 12 September genaplah usia Shuib yang ke 40 tahun. Pada awal video, Watie memberitahu Shuib sering duduk di luar balkoni rumah setiap kali pulang kerja. Itu adalah aktiviti wajib Shuib setelah sampai di rumah untuk berehat seketika sambil merokok.
Watie membawa sebiji kek dan mereka sama-sama menyanyi lagu happy birthday untuk Shuib. Riak wajah Shuib kelihatan begitu tenang sahaja dan tidak terlalu terkejut membuatkan Watie bertanya adakah Shuib sudah dapat menghidu rancangan mereka anak beranak untuk membuat surprise tersebut.
Anak-anak kelihatan begitu gembira dapat meraikan hari lahir daddy mereka. Kata Watie, Shuib sudah mengingatkan dari zaman mereka bercinta lagi yang dia tidak mahu hari lahirnya diraikan. Watie juga tahu Shuib akan sedih setiap kali tiba hari lahirnya. Jadi sambutan ini hanya bersama anak-anak kerana anak-anak yang excited.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday ib kami kengkawan doakan baik selalu dan dilindungi oleh Allah.. Semoga Allah sentiasa berkati watie dan keluarga ni dan sentiasa berkasih syg hingga akhir hayat.. “
” Besarnya jiwa watie, bukan semua wanita blh buat apa yg watie buat. anak dara yg kawen dan berkongsi kasih dgn anak2 tiri, 4 pulak tu.. “
” Entah la mcm blh baca riak wajah shuib.. dari senyuman dah blh tau.. yg fhm tu fhm la.. tapi apapun sy doakan keluarga ini bahagia selamanya.. utk watie awak mmg wanita luar biasa.. besar pahala dpt bahagiakan keluarga ini.. sy tumpang gembira melihat keluarga ini bahagia.. “
” Watie seorg yg berjiwa besar, penyayang, kuat semangat, tabah, manja, ceria dan paling terserlah ialah keikhlasan. Bukan semua wanita mampu mnjdi seperti seorang WATIE. teruskanlah hidup dgn keikhlasan dan kasih syg hingga menutup mate.. “
” Lawak dan sedih. dapat isteri yang gila-gila pun rezeki tau suami-suami sekalian. Anak2 terpaling excited sambut birthday daddy.. “
” Masyaallah. Selamat hari lahir en shuibsepahtu. Utk watie anda insan yg terbaik Allah hadirkan utk mereka. Buat anak2 kalian insan bertuah. Buat watie dan shuib bahagia lah hingga ke syurga. Limpah kan kasih sayang dlm keluarga ini.. “
” Tapi tgk Dari riak muka shuib mcm sedih. Yela brthday Sarah pun berselang beberapa hari je dengan Shuib. tapi saya salute kt watie. Dia sgt ikhlas menyayangi anak². Beruntung jgk shuib dpt se’org isteri yg baik.. “
Beruntung Shuib dikurniakan isteri seperti Watie dan anak-anak yang selalu menghiburkan hati Shuib. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 40 tahun Shuib daripada kami di Berita Kopak. Semoga Shuib dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen