Artis / Selebriti
” Mulianya hati Cess, terima kasih kerana menggembirakan Muhamad. Moga akan ada keajaiban.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Anak DS Aliff Syukri, Qadejah El Zahra Meraikan Hari Lahir Adik Muhamad Yang Mempunyai Penyak1t Leukem1a Tahap 4 Buat Ramai Tersentuh. Sedihnya Part Ibu Adik Muhamad Cerita Sudah Tiada Rawatan Untuk Muhamad !!
Meninjau di akaun Instagram milik isteri usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, Datin Shahida Mohd Rashid telah berkongsi cerita pada minggu lalu dirinya telah mendapat satu masej di Instagram daripada seorang ibu yang ingin membawa anaknya ke Sugeh Eco Resort yang diusahakan oleh Datin Shahida dan Dato’ Seri Aliff.
Difahamkan, anak kepada wanita tersebut yang dikenali dengan panggilan Adik Muhammad ini menghidapi penyak1t Luekem1a tahap 4 dan tiada lagi rawatan boleh dilakukan. Adik Muhammad teringin untuk berjalan-jalan di Sugeh Eco Resort. Kongsi Datin Shahida, hal ini telah diceritakan kepada anak perempuannya, Qadejah El Zahra.
Tulis Datin Shahida lagi, Qadejah atau lebih mesra dengan nama manjanya, Cess mengatakan dirinya sendiri akan menyambut kedatangan Adik Muhamad dan akan meraikan hari lahir Muhamad yang kebetulan pada hari Adik Muhamad datang ke resort mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Datin Shahida, kelihatan Cess begitu mesra melayan Adik Muhamad ini dan Cess telah memberikan hadiah kepada Adik Muhamad sempena hari lahirnya. Selain Datin Shahida, di akaun Instagram Cess juga turut berkongsi beberapa gambar bersama Adik Muhamad.
Tonton video di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka turut mendoakan kesihan Adik Muhamad kembali sihat. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mulianya hati Cess, terima kasih kerana menggembirakan Muhamad, moga akan ada keajaiban buat Adik Muhamad untuk kembali sihat seperti sedia kala.. “
” Bagus sikap Cess ni, didikan yang baik daripada Datin dan Dato.. Terima kasih Cess, happykan Muhumad.. Sama2 kita doakan moga Muhamad disembuhkan penyak1tnya.. “
” Terharu tengok, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.. Selamat hari lahir Muhamad, makcik doakan semoga Muhamad sihat ya nak.. “
” Qadejah juga anak yg hebat… Semoga Qadejah dpt memberi lg byr kegembiraan pd semua yg hadir ke sugeh. Semoga ada keajaiban buat adik Muhamad, aminnn.. “
” Suka sgtttt dgn Qadijah. Cara bercakap mcm ibu dia… Bijak orgnya.. Alhamdullilah.. Kesian Muhamad, kecik lg tak tau apa2, menang1s saya tengok.. “
” Gws adik Muhamad.. Semoga Qadejah menjadi insan yg berjaya hendak yeee… Aaamiinn.. Make your mama & abah proud of u.. “
” Insyaallah adik akn semboh Allah sebaik baik menyembuhkan penyak1t.. Adik kuat.. Well done Qadejah. Lemah lembut dgn personaliti yg sgt baik.. “
Sed1h mendengar perkongsian oleh ibu Muhamad, betapa cekal dan kuatnya menempuh dugaan yang diberikan kepadanya. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga Adik Muhamad diberikan kesembuhan segera daripada penyak1t yang dihidapinya dan kembali sihat seperti sediakala. Moga ada keajaiban, tiada yang mustahil dengan kuasa Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen

