Artis / Selebriti
” Muka Syamel, perangai Ernie. Kenapa comel sangat ni Lala.. ” – Komen Netizen
Video Syamel dan anaknya, Nur Khawla Soleha menyanyi lagu kempen mereka sempena pencalonan Khawla untuk Anugerah Meletop Era buat ramai terhibur. Wah catchy betul lagunya tu. Cute Lala buat gaya ‘budak majuk’ tu, trademark Lala..
Anugerah Meletop Era bakal kembali lagi dan seperti tahun lalu, banyak kategori akan dipertandingkan. Salah satunya adalah Anugerah Si Cilik Meletop. Anak Syamel dan Ernie Zakri iaitu Nur Khawla Soleha adalah satu seorang si cilik yang tercalon untuk kategori ini.
Menerusi perkongsian terbaru Syamel di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Syamel ketika menghantar Khawla ke sekolah. Sebelum membuka pintu kereta untuk Khawla, Syamel sudah bersedia untuk menyanyikan lagu istimewa yang direka untuk Khawla.
Lagu sempena AME itu sedap didengar dan Khawla juga sudah menghafal liriknya. Comel sahaja Khawla membuat gaya ‘ budak majuk’. Warganet terhibur melihat telatah anak dan ayah ini. Seperti biasa Khawla tidak lupa membuat ‘ritual‘ sebelum ke sekolah untuk menaikkan semangat.

Memetik komen warganet, wajah Khawla kelihatan semakin seiras dengan wajah Syamel dan perangainya pula seperti Ernie. Pastinya di rumah riuh rendah dengan gelak ketawa dan nyanyian mereka bertiga. Tumpang seronok warganet melihat cara Syamel melayani Khawla, anak daddy sangat Khawla ni.
Jom tonton video di bawah :
@syamel_official
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahaha ritual sebelum ke sekolah tak tinggal ek.. Budak majuk tu comel.. betul la orang kata, anak cerminan bapak hehe.. “
” Ya Allah anak solehah ni, haha.. ritual before pi sekolah tetap on point.. Hakka tak tinggal haha.. Muka Syamel, perangai Ernie.. “
” Apa comel sangat ni.. dia macam ni… lala dengar cakap aunty tau… jangan besar laa kecik gini je…. gerammm.. “
” Catchy pulak lagu dia.. comel lah lala ni. bapak nya pun 3 suku, energetic selalu syamel.. seronok lah lala ada daddy macam ni.. “
” Budak majuk alah comel betul ekkkk budak majuk nie.. Ernie sangat lah Lala.. klau ddy mcm ni akan dtg kawla akn berjaya.. “
” Dah besar muka makin iras syamel.. dulu macam abu.. undi lala guys.. bagi menang.. comel nya lala sebut budak majuk tu.. “
” Hahahha please bagi dia menang nak lala nyanyi atas pentas.. Budak majuk haha.. adoi sama sama lawak 2 beranak ni.. kalau ada mummy lagi gempak ni.. “
” Memang betul-betul anak syamel dengan ernie laa.. menurun perangai sebijik yee.. macam dah lama je compose lagu ni, lala pun dah hafal dah.. “
” Comelnyee lala.. semoga dimurahkn rezeki lala menang utk si cilik meletop. sihat2 je.. Mini syamel.. confuse jap siapa jaga siapa ni.. “
Comel sungguh telatah Khawla dan Syamel, dua-dua bersemangat tetapi daddy yang terlebih excited. Jom ramai-ramai mengundi Khawla untuk anugerah Era ini dan moga tahun ini Khawla dapat menggondol anugerah ini. Teruskan berkempen Syamel untuk Khawla okey.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syamel Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

