Artis / Selebriti
” Muka M. Nasir, pergerakan by Yusri. Terus jadi Nasir KRU, hehe.. ” – Netizen
Perkongsian Dato’ Yusry Abd Halim Hasil Meta Human Test Model Dato’ M. Nasir Buat Ramai Kagum. Wah Nampak Muda 30 Tahun Dato’ M. Nasir. Comel Part Kepala Goyang-Goyang Tu, Kreatif Sungguh !!
Dato’ Yusry Abd Halim antara nama besar dalam industri dan disegani oleh ramai penggiat seni. Tidak hanya menyanyi, Dato’ Yusry juga bergelar pelakon dan pengarah. Keupayaan dan daya pemikiran Dato’ Yusry yang inovatif dan kreatif membuatkan karya ciptaannya disukai oleh ramai.
Meninjau akaun Instagram Yusry Abd Halim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Yusry membuat cubaan kedua meta human test dan kali ini menggunakan Dato’ M. Nasir sebagai model. Kata Dato’ Yusry, dia tidak mempunyai head scan Dato’ M. Nasir dan CG ini hanya menggunakan gambar-gambar rujukan yang ada di internet.
Dek kerana itu, ada angle yang kelihatan seakan-akan Dato’ M. Nasir tetapi belum cukup sempurna. Memasang impian untuk bertemu dengan Dato’ M Nasir dan head scan seniman kesayangannya itu, ramai yang teruja melihat hasil kerja Dato’ Yusry ini.
Memetik komen warganet, wajah model seperti Dato’ M. Nasir tetapi gaya menyanyi goyang kepala seperti Dato’ Yusry. Lantas warganet menggelarkan model ini sebagai Dato’ M. Nasir KRU. Percubaan yang baik oleh Dato’ Yusry, kelihatan jauh lebih muda Dato’ M. Nasir menerusi video ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Wahhh interesting.. hensem nyee dato m. nasir macam keanu reaves pulak tengok versi yusry ni.. muda berpuluh tahun ni dato.. ”
” Muka m nasir pergerakan by yusri.. trus jadi nasir kru.. Dato m.nasir versi KRU.. hehhe.. superb hebat lah.. ”
” M Nasir masa muda-muda dulu. John Wick Malaysia, legend.. Hebat lah hologram terus.. Boleh dah ni M Nasir feat TYCO.. ”
” Ini power kalau dah touchup touch up bagi nampak lagi real.. by the way good job.. Suke lah tengok.. ”
” Hebat…. Kreatif…. Terbaik…. padu lah kalau hasil tangan Yusry ni. kepala goyang-goyang sikit tu no hal lah.. ”
” Muda 30 tahun tok sir hehe. Lipsync lari sikit.. apa pun terbaik, comel. mantap dato, very good effort sir.. ”
” Goyang sangat kepala dato nasir tu hehe.. tapi comel je tengok. Berapa bulan nak siap benda ni.. ”
Sangat kreatif hasil kerja Dato’ Yusry. Walaupun kepala tu banyak goyang, ianya menghiburkan warganet yang menonton video tersebut. Mana tahu selepas ini Dato’ Yusry berpeluang head scan Dato’ M. Nasir, tentu hasilnya akan menjadi lebih wow.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusry Abd Halim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 months ago
” Bergetar menjawab tu, memang sedih g1la dia. Nampak dia macam nak nangis tu.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 months ago
” Bukan budak biasa biasa ni, dari sebutan makraj arabnya. Rezeki dia.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti12 months ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti4 months ago
” Bagus Erra, dia jawab suami Lisa Surihani. Ada hati yang perlu dijaga.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti11 months ago
” Aku yang tak kuat, dengar terus nangis.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 months ago
” Soft spoken je Maream. Kita yang tengok pulak berair mata.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti11 months ago
” Berdekah tengok, terjebak jugak korang. Khalish, Emir dan Seira versi baik ni, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti12 months ago
” Dia dah lama rancang, Odey je yang lalai. Sedih pulak dengar ayat last tu.. ” – Netizen