Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka ayah dia, gaya cakap macam mak dia.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Anak Lelaki Anzalna Nasir, Eidrees Ketika Sedang Live Buat Warganet Terhibur. Kelakar Betul Respon Eidrees Masa Respon Komen Cakap Gigi Dia Rongak. Part Gelak Tu Pun Sebijik Macam Anzalna, Haha !!

Sebut sahaja nama Anzalna Nasir, pastinya wajah selebriti cantik ini akan terbayang di fikiran warganet. Anzalna seorang yang peramah dan ceria orangnya. Setiap kali Anzalna membuat live di platform Tiktok, pasti ianya akan meraih perhatian ramai warganet.

Meninjau entry di akaun Tiktok Milah Bunga, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Anzalna bersama anak lelakinya, Eidrees. Anzalna membuat live Tiktok untuk mempromosikan barangnya. Suami Anzalna menghubungi Anzalna tetapi tidak dijawab kerana sedang bersiaran.

Oleh kerana itu, Hanif mengambil inisiatif untuk join live Anzalna. Boleh tahan kelakar juga Hanif dan responnya ketika mendengar Anzalna meminta kereta jenama Porsche mencuit hati ramai. Eidrees yang berada di samping Anzalna juga dapat dilihat banyak bercakap menerusi video itu.

Ada di kalangan follower yang menegur Eidrees kerana risau gigi Eidrees akan rosak dan rongak. Eidrees terus membebel dan cara Eidress bercakap saling tak tumpah seperti Anzalna. Tidak hanya cara bercakap, cara Eidrees ketawa juga sama seperti Anzalna. Betul-betul copy and paste ni.

Jom tonton video di bawah :

@cikfarahinalimin

jangan cakap gigi eidress rongak #anzalnanasir #anzelhair

♬ original sound – FARA – FARA

@milahbunga

HAHA ! Dah macam masuk sekali facetime husband wife ni tadi πŸ˜‚πŸ€£βœ¨ yang penting anak pun gelak sepesen mak ayah dia 🀣 #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #anzalnanasir #hanifzaki #lucu #lucubanget #lucu_ngakak @Anzalna Nasir @Hanif Zaki

♬ original sound – Milah Bunga – Milah Bunga

Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Comel abang Eidrees besar dah dia.. Muka ayah dia, gaya cakap macam mak dia. yang penting ketawa sama anak beranak ni haha.. “

” Haha dua-dua comel, pintar Eidrees ni. Handsome betul anak Anzalna ni.. suka dengar dia ketawa, macam anzalna sebijik.. “

” Sedap dengar suara eidrees serak-serak basah.. lawak betull eidress macam mummy dia haha.. rongak pun tak pelah, yang penting handsome.. “

” Lah anak pun gelak sepesen, meriah lah family Anzalna ni.. Amboi ni mommy, comelnya anak dia.. “

” Weyy anak seketul muka anzalna.. ikut gelak pun sama huhuhuhu.. ketawa dari mak, ayah sampai ke anak serupa haha.. “

” Weii anak dia gelak.. Eidrees ketawa, aku pun ikut ketawa. Gelak mummy, pakai baju dekat rumah macam daddy.. “

” Anzalna gelak awak tu ikhlas betul.. kelakar haha.. happy family, suka tengok.. aku terhibur la dengan family ni.. “

Terhibur warganet melihat telatah Anzalna, Hanif dan Eidrees itu. Lebih-lebih lagi part gelak, sama sahaja semuanya. Seronok mendengar Eidrees berceloteh. Semoga lebih banyak lagi perkongsian Anzalna bersama Eidrees selepas ini. Mesti ramai yang akan ternanti-nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fara, Tiktok Milah Bunga

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT