Artis / Selebriti
” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi anak Bella Astillah, Ara Adreanna ketika melihat YB Syed Saddiq berkaraoke menyanyi lagu Anak Kampung buat warganet terhibur. Adui Ara, jauh betul ditenung bakal daddynya tu. Terpegun dengar suara Daddy ke tu Ara, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Eiyka, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat YB Syed Saddiq berkaraoke ketika jamuan hari raya di rumah Bella. Jamuan ini dihadiri oleh kawan-kawan akrab YB Saddiq dan Bella menjamu mereka dengan juadah yang enak dan lazat.
Bukan selalu dapat melihat YB Saddiq menyanyi seperti ini. Kali akhir YB Saddiq menyanyi di hadapan orang ramai adalah ketika menjayakan satu program di Sabah bersama Bella beberapa bulan yang lalu. Ketika itu YB Saddiq mendendangkan lagu Anak Kampung dendangan Jimmy Palikat.
Lagu ini antara lagu kegemaran YB Saddiq dan kali ini, YB Saddiq menyanyi di hadapan kawan-kawan dan anak Bella, Ara Adreanna. Menerusi video perkongsian tersebut, Ara yang sedang duduk di tangga rumah kelihatan terpegun dan merenung YB Saddiq.

Rakan-rakan YB Saddiq pula suka menyakat dan mengatakan YB Saddiq sedang membaca lirik. Reaksi wajah Ara melihat YB Saddiq menyanyi mencuit hati warganet. Tergelak rakan-rakan YB Saddiq melihat telatah Ara itu. Ara perlu merancangkan sesuatu untuk improve vokal bakal daddynya ini.
Jom tonton video di bawah :
@sitieiyka90 Comel btul bahh ara merenung daddy dia nyanyi😂 #bellaastillah #syedsaddiq #fypage Credit to owner
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ara… Ara.. haha.. khusyuk dia tengok daddy nya nyanyi.. sampai tercengang eh Ara haha.. nanti ara boleh ajar daddy ya.. “
” Alhamdulillah Aamin seronok tengok bella dan saddiq bersama keluarga dan sahabat doakan yang untuk bella dan saddiq insyaallah Aamin ya Rabbal Alamin.. “
” Ara terkesima ye dengar daddy menyanyi live depan mata.. Ara muka penuh subtittle ni.. jangan ketara sangat ekpresi muka tu ara, lucu lah.. “
” Ara duk termenung dengar daddy menyanyi haha.. muka Ara penuh subtitles tgk daddy dia menyanyi.. ara sampai tak terkata dah tu.. “
” Saya rasa ini 1st time YB berkaraoke.. one thing i noticed Ara learned from her mum ialah dorang tak ketawakan org walaupun tak pandai nyanyi atau buat sesuatu..this is a class act, tak byk ada standard mcm ni…great family.. Soo cute Ara tersengih.. “
” Muka Ara lucu hehe.. macam tak caya daddy dia boleh nyanyi.. terpegun ara tengok daddy.. muka ara bila daddy nyanyi tu buat kita tergelak.. “
” Ara cakap alaaa daddy ni.. meh sini aku nyanyi kata ara tempoyot.. hahah.. lepas ni confirm daddy kena training vokal dengan Ara.. “
Ekspresi wajah Ara yang penuh dengan persoalan ketika melihat YB Sadduq menyanyi secara live. Senyuman Ara itu seperti mempunyai maksud yang tersirat. Tumpang gembira warganet melihat moment manis ini. Tentu Ara akan lebih bahagia apabila mummy dan daddy berkahwin nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitieiyka90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Family yang semua boleh menyanyi. Betul-betul ada darah seni suara.. ” – Komen Netizen

