Artis / Selebriti
” Mujur pencen dah, kalau tak kena gelak dengan orang.. ” – Pok Mek Yun

Video Mek Yun memaksa ayahnya, Datuk Wee Han Siew memakai kostum arnab ketika menaiki go-kart di Osaka, Jepun buat ramai terhibur. Awal-awal tu Pok tak nak pakai sebab malu, tapi demi Mekyun Pok pakai juga. Comel betul Pok, hehe..
Meninjau di akaun Instagram pempengaruh terkenal yang bernama Mek Yun, telah dikongsikan video yang memaparkan Mek Yun membawa ayahnya, Datuk Wee Han Siew atau mesra dipanggil Pok ke Jepun. Menerusi kapsyen, Mek Yun mengatakan percutian tersebut adalah pertama kali Mekyun dan ayahnya bonding time bersama.
Menerusi video pertama, awalnya Pok tidak tahu ke mana Mek Yun akan membawanya pergi bercuti. Setelah diberitahu, Pok begitu terkejut dan teruja dia bakal menaiki pesawat ke Jepun. Manakala video kedua pula memaparkan Mek Yun melakukan aktiviti bersama Pok di Jepun.
Dapat dilihat Mek Yun dan Pok akan menaiki go-kart dan bersiar di kawasan sekitar. Namun, apa yang mencuit hati adalah, Mek Yun meminta Pok memakai kostum arnab ketika menaiki go-kart itu. Telatah Pok yang pada mulanya tidak mahu memakai kostum arnab membuatkan ramai terhibur.
Meskipun pada awalnya Pok menolak untuk memakainya, namun akhirnya Pok memakainya juga demi anak perempuan tunggal kesayangannya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai dan sehingga kini menerima puluhan ribu sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dan terhibur dengan perkongsian oleh Mek Yun pada kali ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pok sportingggnyeee demi anok tino diooo, mek yun, i was thinking the same, ni lah the sorta bonding time for the daughter with dad b4 she ties d knot.. “
” Kalau pok geng surau or geng mengopi kompem kena. Wahahaha. Btw, seronok dpt pok mcm ni. those lil things.. “
” Taknak taknak tapi pakai juga hahaha.. comel sungguh pok ni, best memories untuk pok & mekyunn.. Suka tengok video ni.. “
” Demi anak perempuan semua bapak akan sanggup . Satu lagi pok sayang bini sungguh salute… Klu mekyun bawak suami pok bawak mok.. “
” Pok Oyak keno ikut turut la weh , tebeng tak ikut nyetok takbawak g Jale la tahun depe, hahaha.. hahaha.. Dalam tak nak tu kene jgk pok.. “
” Ala comel pak askar pencen ni.. Klu anak tino bapak ok je Mujo Datuk doh penceng.. klu dop penceng lagi… Nayo.. Hahahaa.. “
” Tak nak pakai tapi pakai, hahaha.. Terpaksa mengalah yer Pok dengan anak perempuan sorang je.. Alahaiii comel dooh tengoknya.. “
Seronok sungguh melihat video bonding time Mek Yun dan Pok. Part Pok cakap ‘nasib dah pencen, kalau tak kena gelak dengan orang’ mencuit hati ramai. Perkongsian Mek Yun kali ini juga mendapat pujian daripada warganet. Ramai yang menyukai cara Mek Yun menyantuni dan menghargai kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG mekyunn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen