Artis / Selebriti
” Mohon izin saya bersama-samalah bagi sedikit sebanyak yang tu.. ” – Datuk Qobin
Rezeki adik Putri Qisya, Datuk Qobin menyumbangkan 3 hadiah istimewa buat adik Qisya yang baru sahaja kehilangan keluarga dalam Tragedi Sungai Korok. Hadiah kedua paling bermakna, tersentuh mendengarnya..
Hari ini menjadi detik yang cukup bermakna buat Adik Qisya apabila dipertemukan dengan Datuk Qobin dalam program Bekpes Hot. Kehadiran Qisya, yang kehilangan kedua ibu bapa dan empat orang adik dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, menyentuh hati ramai pihak.
Namun dalam kesedihan itu, hadir sinar harapan melalui kasih sayang masyarakat sekeliling. Sebagai tanda prihatin, Datuk Qobin tampil memberi sumbangan pendidikan kepada Qisya untuk memastikan masa depannya terus terpelihara.
Lebih menyentuh hati, beliau turut menghadiahkan peluang menunaikan umrah, satu anugerah istimewa yang pastinya menjadi momen yang tidak akan dilupakan oleh Qisya. Datuk Qobin turut menaja seorang ahli keluarga Qisya untuk turut bersama Qisya ketika menunaikan umrah.

Tidak terhenti di situ, Datuk Qobin turut menawarkan kepada Adik Qisya menginap di resort miliknya di Gopeng pada bila-bila masa sahaja. Pintu resort itu sentiasa terbuka buat Qisya, seolah-olah memberi ruang untuk Qisya merasai ketenangan dan kasih yang tulus di saat dia memerlukan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Tahniah Datuk Qobin. You deserved the title. Contoh yang sangat baik buat kami semua yang melihat. Susun atur kata yang teratur, jelas, dan hasilnya bukan sahaja senyuman terukir buat adik Qisya.. “
” Ni jawapan dia dik, haritu adik tny knpa ibu xbwa pegi sama2.. ramai org syg bantu.. moga apa yg ada dpt n ada harini memberi syafaat jgk utk mak ayh adik disana.. terimakasih org baik.. “
” Semoga Datuk sentiasa dirahmati Allah dan adik Qisya All the best. Terbang tinggi .. Suka tgok adik qisya..cantik bertutup aurat sempurna..semoga dilancarkan urusan adik.. “
” Qisya ni murah rezeki nya bukan sebb dia anak yatim piatu je tp sebb perwatakan dia adab dia akhlak dia pemakaian dia mak ayah dia tinggal dia dengan didikan agama..semoga kita as parents mampu gak didik anak sebegitu.. “
” Subhanallah.. mcm arwah ayah dia ckp.. dia akan tgok anak dia dr jauh.. walau dimana pun.. semoga sentiasa jdia ank solehah.. semoga kuat hatungi hari² tanpa mak ayah dn adik².. rindu itu pasti.. “
” Alhamdulillah.. Sy xdpt nk membantu. Terharu bila ramai org bantu adik qisya. Mcm2 dia dpt slps kematian ahli keluarga. Syukur Ya Allah. Terima kasih org baik.. “
” Ni baru betul kaya, ada duit buat ke benda berfaedah , bantu org sana sini , tahniah dato qobin. Kuat betul Qisya ni.. Allahuakbar. Kita pulak yg berambu .. “
Terima kasih Datuk Qobin atas keprihatinan yang luar biasa ini. Semoga setiap sumbangan yang diberi bukan sahaja membawa senyuman buat Adik Qisya, malah menjadi sumber kekuatan dalam meniti hari-hari mendatang. Datuk Qobin membuktikan bahawa kasih sayang dan empati masih hidup subur dalam masyarakat kita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

