Artis / Selebriti
” Mirul ni ketar-ketar kaki dia, serupa nak jawab sifir dengan cikgu math.. ” – Netizen
Video Reaksi Suami Ain Edruce, Amirul Hafiz Bermain Sambung Lagu Raya Buat Ramai Terhibur. Adoi Blur Sangat Tu Mirul. Part Bagi Isyarat Kat Ain Minta Tolong Guna Mata Tu Kelakar Betul !!
Meninjau ke akaun Instagram Ain Edruce, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ain dan suami, Amirul Hafiz bermain sambung lagu telah meraih perhatian ramai. Pasangan ini diberikan lagu-lagu raya untuk disambung nyanyiannya.
Ain memulakan dahulu dalam permainan ini. Sebagai seorang artis, semestinya Ain tahu segala lagu-lagu yang diberikan. Ain boleh menyambung nyanyian dengan baik sekali. Namun lain pula reaksi suami Ain apabila tiba gilirannya.

Klik gambar untuk info..
Mirul nampak sangat blur dan cuma beberapa lagu sahaja yang berjaya Mirul nyanyikan. Walaupun begitu, dapat dilihat Mirul sangat malu-malu untuk menyanyi. Part mata berkedip-kedip tu nampak sangat Mirul memberi hint pada Ain untuk membantunya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang terhibur melihat gelagat Mirul walaupun Mirul hanya sekadar berdiri tegak sahaja. Sabar je lah Mirul melayan si isteri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat Mirul. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Aku serius nak selamatkan laki ain dari situ tolonglah faham rintihan mierul tu. Dalam hati dia nak keluar dari set tu cepat .. “
” Tak payah tgok cerita lawak² kat tv..tgok mirul je dah lawak gileeee..haha.. Risau terkencing je mirul ni ketaq2 kaki dia srupa nk jawab sifir dgn cikgu math.. “
” Betui kaa mirul ni dulu budak remp- it.. jd bhan betul laaa dpt lki mcm ni.. Mmg padam sangat la couple ni. Satu over active, satu over pemalu and blur.. “
” Aku xleh la dgn Mirul ni…Dia xbuat pape pn aku dah berdekah… subhanallah…patutla si ain ni jatuh cinta ngan mirul… faham dh skrg.. “
” Aku tgk smpi habis sbb mirul jer .. sbb mirul selalu klakar.. haha.. He is a good men la..lelaki cmni bagus x suka huha huha sosial sgt… plg penting dia nk melayan bininya.. “
” Mirul dah kelip2 mata..dia mintak pertolongan tu kwn2..mariiii .. watak mirul mmg mcm tu ke aku geram la haiiiiii siot btul la.. “
” Mirul tgh mntk tlg tu. Tgk mata dia kedip.. muka mirul tu takleh blah reaction dia.. mirul ni mmg statik je.. bagus betul.. “
Memang sesuai sungguh pasangan ini dalam melawak. Seorang aktif, manakala seorang lagi malu-malu. Apa pun memang bagus sikap Mirul dalam melayan kerenah si isteri. Semoga pasangan ini bahagia selalu dan berkekalan hingga ke jannah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak muka papanya, adik muka mamanya. Cantik anak-anak Ameng.. ” – Komen Netizen


