Connect with us

Artis / Selebriti

” Mesti sed1h sebab dah 3 musim bersama macam satu family.. ” – Netizen

Wan Sharmila Kongsi Video Momen Terindah Saat Berakhir Sh00ting Drama 7 Hari Mencintaimu 3 Bersama Pelakon-Pelakon Lain. Alahai Mesti Lepas Ni Masing-Masing Rindu Kan Nak Berlakon Bersama Lagi !!

Drama yang dinanti-nantikan oleh peminat, 7 Hari Mencintaiku 3 nampaknya bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Seperti musim sebelum ini, barisan pelakonnya masih kekal iaitu dengan watak Khuzairi, Mia Adriana, Mak Leha dan ramai lagi.

Namun begitu, bagi musim ketiga ini nampaknya ada penambahan karakter dan pelakon. Jika dilihat pada teaser atau di balik tabir pengambaran, antara selebriti turut berlakon dalam drama ini adalah Reen Rahim dan PU Azman.

Meninjau di akaun Instagram milik salah seorang pelakonnya iaitu Wan Sharmila telah berkongsi satu video momen terindah saat berakhirnya sh00ting drama tersebut. Dilihat Wan Sharmila mengabadikan kenangan dengan merekod video bersama-sama pelakon-pelakon lain.

Kongsi Wan Sharmila di posting, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit dan penulis novel cerita tersebut iaitu Siti Rosmizah Semail serta menyifatkan drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini adalah satu karya istimewa hadiah kepada peminat-peminat yang masih setia menanti sambungannya.

Jom tonton video di bawah ini :

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen. Antara komen-komen menarik adalah :

” Mesti sed1h sebab dah 3 musim bersama macam satu family. Pas ni masing-masing mesti rindu, huhu kita yang tengok video pun tumpang sekaki sed1h.. “

” Fav drama series yg tk pernah jemu tgk berulang kali + casts2 semua mmg berikan yg terbaik dlm menghidupkan watak masing2, mmg terbaik.. “

” Alo tgk semuanya macam sed1h je lps settle penggambaran drama. Finally tak sabar tau nk tengok, mesti kali ni pun best sgt.. “

” Fav sgt Kak Lala ni, so excited nk stress tgk cte ni. Ape la mas4lah family Pak samad kali ni, hahahha.. “

” Tengok masing-masing dalam video tu pun dah macam real family lah. Korang memang terbaik lah.. “

” Dari yang pertama sampai yg ke 3 ni, sntiasa semangat untuk tngok, tak sabarnya lahhh. Semua pelakon the best.. “

” I love this family. Kak Lala menantu paling Mak Leha sayang, hehe btw sweet arhh Kepeng n Kak Lala part lastu tu.. “

Video ni memang nampak semua pelakon akrab sangat, dah macam keluarga betul. Malah peminat pun dah tak sabar untuk menonton sambungan drama 7 Hari Mencintaiku 3. Difahamkan drama ini bakal ditayangkan menerusi slot Drama Sangat pada 16 April nanti. Stay tuned !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wan Sharmila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT