Connect with us

Artis / Selebriti

” Mertua terbaik, sed1hnya baca.. ” – Netizen

Paparan Perbualan WhatsApp Antara Puteri Sarah Liyana Dan Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah Buat Warganet Seb4k. Sed1hnya Baca Ayat Datin Patimah. Sayangnya Datin Pada Puteri Sarah. Semoga Baik-Baik Sahaja !!

Semalam telah berakhirnya ikatan suami isteri antara pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana dan pengarah hebat, Syamsul Yusof. Mengesahkan telah bercer4i talak 1 buat kali kedua, keduanya mengatakan akan menjadi sahabat baik demi kebaikan anak-anak.

Meninjau akaun Instagram Melodi TV3, telah dikongsikan sekeping gambar yang menunjukkan paparan perbualan di aplikasi WhatsApp antara Puteri Sarah dan ibu Syamsul, Datin Patimah. Gambar ini diambil dari Insta Story Puteri Sarah. Umum tahu keakraban mertua dan menantu ini.

Walau pun sudah tidak ada sebarang ikatan dengan Syamsul, Datin Patimah mengatakan hubungannya bersama Puteri Sarah tetap sama seperti dahulu dan tidak akan berubah. Membaca ayat-ayat Datin Patimah itu membuatkan warganet menjadi sayu.

Hubungan mertua dan menantu tidak akan terput0s sampai bila-bila, itu adalah hakikatnya. Tiada istilah bekas mertua atau pun bekas menantu dan tarafnya sama seperti ibu dan bapa kandung. Dapat dilihat sayangnya Datin Patimah dan Datuk Yusof kepada Puteri Sarah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini setakat ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Rezeki Sarah dapat mertua yang sangat baik di dunia ini. Semoga Allah beri kebahagiaan buat Puteri Sarah dan anak-anak, berjaya dunia akhirat.. ”

” Mertua terbaik.. sed1hnya baca.. Datuk dan Datin sangat-sangat sayang pada Puteri Sarah Liyana.. ”

” Ya Allah sed1h la pulak.. baiknya datuk dan datin ni.. hubungan menantu dan mertua tak akan terput0s selamanya.. ”

Beruntungnya Puteri Sarah kerana memiliki ibu mertua yang penyayang seperti Datin Patimah. Tidak hanya penyayang, malah sentiasa menyokong segala yang dilakukan oleh Puteri Sarah dan berdiri teguh di belakang menantu kesayangannya ini.

Benar kata Datin Patimah, tiada apa yang akan berubah antara mereka. Kasih sayang tetap sama dan warganet mendoakan kebahagiaan buat Puteri Sarah dan anak-anak. Semoga hubungan Puteri Sarah dan Datin Patimah dalam rahmat Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melodi tv3, IG Puteri Sarah Liyana, IG Dpatimah012

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT