Artis / Selebriti
” Meremang sampai sini. Haqiem pun sampai terperanjat dengar abang ni tarik suara.. ” – Komen Netizen

Video Haqiem Rusli mengajak seorang lelaki menyanyi bersamanya di Bossku Mega Expo. Sekali dia tarik suara, terkejut Haqiem dibuatnya, Haqiem pun surrender. Padu sungguh suara dia, teruja Haqiem dibuatnya..
Haqiem Rusli telah pun menjayakan satu event di Kelantan beberapa hari yang lalu. Hadir sebagai penyanyi jemputan di Bossku Mega Expo, Haqiem menghiburkan semua pengunjung expo itu dengan menyanyikan beberapa buah lagu hits, antaranya Sangkar Derita, Selamat Tinggal Sayang dan Tergantung Sepi.
Tidak hanya membuat persembahan di atas pentas, Haqiem juga turut beramah mesra dengan pengunjung yang hadir di bawah pentas dan menyanyi bersama-sama mereka. Ketika Haqiem mendendangkan lagu Selamat Tinggal Sayang, Haqiem memanggil seorang jejaka di situ untuk menyanyi.
Jejaka ini dikenali dengan panggilan Amal menyambung nyanyian Haqiem dengan cukup baik. Lontaran suaranya cukup jelas, ditambah pula suaranya yang merdu membuatkan semua terhibur mendengar nyanyiannya itu. Amal juga turut menunjukkan bakat sebenarnya dalam nyanyian yang membuatkan Haqiem terkejut.
Amal turut memperdengarkan suara tingginya dan respon Haqiem ketika mendengar suara Amal menghiburkan hati warganet. Haqiem sendiri excited kerana suara Amal sangat bagus. Pengunjung yang menonton juga memberikan sorakan dan tepukan untuk Amal.
Jom tonton video di bawah :
@dhirahgalerymurah Dengan kuasa tiktok tolong cari onwer yang nyanyia dengan hakim semalam @Haqiem Rusli Di @BOSSKU MEGA EXPO @YAYA EMPIRE PERFUME @Dhi Ya Org tumpat hadir sikip #fypシ゚viral #kelantan #yayaempire #tumpat #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Meremang sampai sini, rasanya Haqiem kena buat lagu untuk abang ni. suara dia power weh.. sedap betul suara.. “
” Padu weii suara dia.. saya kenal amal ni.. memang suara dia best.. dia ada bakat.. suara boleh tinggi . boleh pi jauh.. “
” Sedapnya suara abang ni.. semoga boleh pergi jauh lagi.. kita dengar pun boleh rasa meremang. pitching tak lari langsung, boleh high note lagi.. “
” Fuh power la suara abang ni. Haqiem pun sampai terperanjat dengar abang ni tarik suara.. penyanyi pun kagum.. suara best.. “
” Kita ada malam tu.. memang sedap suara abang ni.. dengar live lagi best. lagi-lagi part dia tarik tu, padu gila.. “
” Fuh macam ni punya gaya menyanyi, manalah tak terkejut si Haqiem. suara tarik tu, dengan kita-kita terperanjat sama.. power betul.. “
” Sedapnya suara abang ni. mak kita pun kata suara abang ni sedap sampai tak nak bagi mic tu pada Haqiem.. “
Padu sungguh suara Amal sehinggakan Haqiem pun teruja mendengarnya. Untung Amal mendapat pujian daripada Haqiem. Bak kata Haqiem, dia tidak boleh tarik suara seperti mana yang Amal buat. Semoga ada rezeki untuk Amal menunjukkan bakat nyanyiannya selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok DhirahGaleryMurah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen