Viral
” Meremang dengar, terpaling sebijik suara Siti Sarah. Rupa pun ada iras, klon Sarah.. ” – Netizen
Video Penyampai Radio Era Sarawak, Alisa Spencer Menyanyi Lagu Kesetiaan Nyanyian Asal Suara Arwah Siti Sarah Buat Ramai Terubat Rindu. Wah Sebijik Macam Suara Sarah, Alunan Suara Dan Lenggok Pun Sama. Kalau Tak Tengok Video, Mesti Ingat Arwah Yang Menyanyi !!
Sekali pun sudah bertahun arwah Siti Sarah Raissuddin pergi meninggalkan semua, namun suaranya masih lagi menjadi peneman setia semua peminat. Lagu-lagu tinggalan Siti Sarah ada memorinya yang tersendiri membuatkan semua tak jemu mendengarnya.
Banyak juga lah pemilik suara yang seakan-akan suara Siti Sarah muncul selepas itu. Semuanya ada keistimewaan sendiri dan persamaannya dengan suara Siti Sarah. Salah seorangnya adalah penyampai radio Era FM Sarawak bernama Alisa Spencer.
Menerusi akaun Tiktok Alisa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Alisa menyanyikan lagu Kesetiaan. Menakjubkan dan ramai yang menyangka suara itu milik Siti Sarah. Alunan suara dan lenggoknya itu kedengaran agak sama seperti Siti Sarah.

Mendengar suara Alisa ini, terubat rindu warganet kepada Siti Sarah. Ini kalau Shuib dengar, apa agaknya respond Shuib. Komen warganet lagi, wajah Alisa pun ada sikit persamaan seperti wajah Siti Sarah lebih-lebih lagi part mata dan hidung.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@alisaspencer Replying to @ilah yusrose on Line shop kita cuba 🩷
Perkongsian oleh Alisa ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kembar sarah… great voice got talent tuhn mmbrkati. siyes mek aaaa rindu dengan arwah sarah.. ”
” Meremang dengar, sebijik suara Siti Sarah.. you are talented girl.. muka suara sama la, terubat rindu pada Sarah.. ”
” Wah klon siti sarah.. smua sma rpa dn vokal pn serupa. ku pejam mata mmng merdu dia sama sikit ..alhmdulilah terubt rindu kt arwah.. Al-Fatihah bt arwah Siti Sarah.. ”
” Ya Allah meremang dengar.. sedap betul suara dia.. sebiji sama MCM suara arwah Siti Sarah.. xjemu dgr ulang2 berkali2. Allahuakbar dok fikir dia hanya buat² sj.. sekali btul suara sama.. ”
” Suara sama, rupa ada iras2. Rindunya kat arwah. Semoga adik sentiasa sukses. Best sangat suara.. ”
” Shuibsepahtu, dengar ni suara mcm siti sarah.. mendayu.. mirip suare arwah siti sarah Alfateh terubat rindu.. ”
” Memang mantap suaranya.. macam suara arwah Siti Sarah.. tutup mata nang terbayang terus muka arwah siti sarah. Al fatihah.. ”
” Mirip suara arwah Sarah…. terima awak tunaikan permintaan saya,sedap suara awak….. rindunya PD arwah Sarah… Al Fatihah.. ”
Memang kedengaran agak sama suara Alisa dengan suara Siti Sarah itu. Sukar untuk mencari perbezaan kerana banyak persamaannya. Seperti mendengar Siti Sarah yang menyanyi. Apa-apa pun, ini adalah anugerah Allah buat Alisa dan semoga pembaca juga turut terhibur mendengar nyanyian itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alisa Spencer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen



