Artis / Selebriti
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Amad dan Thalita berduet menyanyikan lagu Kekasih Bayangan secara live di Enjoy’s Corner. Tak dapat duet di pentas TTMM, akhirnya dapat berduet di Enjoy’s Corner. Yang Hadie, Oddah dan Ammar pula comel je menari dekat tepi, hehe..
Reunion Talk To My Manager, itu yang dapat dikatakan apabila bekas peserta TTMM berkumpul di Enjoy’s Corner semalam. Hadie, Oddah, Ammar, Amad dan Thalita dapat menghilangkan rasa rindu mereka apabila dapat bersama-sama bercerita dan menyanyi di situ.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sdini, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amad berduet bersama Thalita. Oleh kerana penonton tidak dapat menyaksikan persembahan battle mereka yang sepatutnya dinyanyikan di pentas TTMM sebelum ini, video ini mengubati kekecewaan peminat Amad dan Thalita.
Lagu dendangan asal Cakra Khan berjudul Kekasih Bayangan menjadi pilihan Amad dan Thalita. Suara dan vokal kedua-duanya tidak dapat dinafikan lunak dan merdu. Masing-masing ada keistimewaan dan keunikan yang tersendiri pada tone suara mereka.

Persembahan duet ini dinyanyikan dengan cukup baik dan sempurna. Hadie, Oddah dan Ammar pula menceriakan suasana apabila mereka bertiga berdiri di tepi dan menari-menari mengiringi nyanyian Amad dan Thalita itu.Ramai yang memuji part Amad menarik suara semasa part tinggi, begitu juga Thalita punya low note turut diperkatakan oleh warganet.
Jom tonton video di bawah :
@shpyqa #talktomymanager #tttm #amad #thalita @_amad88 @thalita_shuib
@sitinurcamelia Tamad 🤍 bikin candu 🥺 #talktomymanager #amad #talita #amadzon
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nyanyi pakai hati ka apa ? busking pun sedap both.. suara telan kaset bgi anak2 ni.. sedap sangat suara Amad dengan Thalita ni bila berduet.. tolonglah sesapa buatkan lagu duet untuk dorang.. “
” Buat concert please,, sedap gabungan suara amad dan thalita ni.. geram pulak aku tengok trio tepi tu.. function betul eh dorang haha.. “
” Kalau dulu masa talita mula mula nyanyi , suara talita akan tengelam sbb suara amad lantang , now dah balance dah harmony sedap jee dengar sama sama lantang.. “
” Sedapnye duo ni.. bagus yg tepi2 tu support adik-adik.. bestnya Ahmad n dikta…paduuuuu dua2 kesayangan.. tolong la diorang ni ada lagu duet sedap weh duo ni.. “
” Meremang bulu roma ku dgar dua org ni nyanyi. hopefully sangat diorang berdua ni buat album duet. saling melengkapi diorang ni perfect combination.. sedap sangat dengar diorang nyanyi n tak puas.. “
” Best dengar, sedap suara Amad dan Thalita.. aku pulak yg dok senyum sorang tengok anak2 3org kat tepi tu. semoga mereka ini terus bersahabat hingga tua.. “
” Trio support adik adik, comel betul perangai masing masing.. wowo vocal terbaik lah Amad dan thalita, salute.. sedap suara dorang ni, bila duet memang ngam.. “
Mantap sungguh duet Amad dan Thalita, sehingga kan semua pengunjung pun bersorak mendengar nyanyian mereka. Sahabat-sahabat yang lain pula menari di tepi tanda sokongan kepada adik-adik mereka ini. Semoga suatu hari nanti akan ada single duet untuk Amad dan Thalita, mesti meletop di corong-corong radio.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sdini, Tiktok Sitinurcamelia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen


