Artis / Selebriti
” Menitik air mata aku tengok video ni. Ajak buat orang nangis lah.. ” – Komen Netizen

Video Ajak Shiro memborong jualan sepasang suami isteri yang meniaga di jalanan menyentuh hati ramai. Baiknya hati Ajak, siap bagi hadiah lagi. Ramai sebak tengok makcik dan pakcik tu menangis..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ajak Shiro, telah dikongsikan satu video yang menyentuh hati ramai. Kisahnya bermula apabila Ajak melihat sepasang suami isteri sedang menjual di jalanan. Pasangan itu yang sudah berusia menjual bihun goreng dan ayam percik.
Ajak menghampiri gerai pasangan itu dan memulakan perbualan mereka. Satu yang mengagumkan Ajak adalah kemesraan pasangan itu yang saling memanggil Ayang dan Manja. Walaupun sudah berpuluh tahun bergelar suami isteri, keintiman dan kemanjaan itu masih kekal ada.
Ajak mengatakan dia cemburu kerana pasangan itu kaya dengan kasih sayang. Tidak menunggu lama, Ajak memborong semua ayam percik yang ada dengan niat agar makcik dan pakcik ini dapat pulang awal ke rumah dan beristirehat. Terharu pasangan ini kerana Ajak memborong semuanya.
Lebih meruntun hati apabila Ajak menghulurkan sejumlah wang kepada makcik tersebut dan kata Ajak itu adalah hadiah untuk makcik dan pakcik. Menitis air mata pasangan itu dengan rezeki yang Allah berikan menerusi Ajak. Rezeki datang dalam pelbagai cara yang tidak kita duga.
Jom tonton video di bawah :
@ajakshiro_ Haritu ternampak Makcik dengan Pakcik ni meniaga..Sekali sembang2 terdengar dia panggil Suami dia Ayang…Suami dia pulak panggil dia Manja..Rasa jealous..Diorang kaya dengan kasih sayang..Semoga Allah kurniakan kesihatan buat mereka berdua🤲 . Ajak pernah juga meniaga tepi jalan gini masa kecik2 dulu..Berbunganya hati kalau jualan habis dan dapat tutup kedai awal..Boleh balik main dengan kawan2.. Sekarang Alhamdulillah..Allah bagi team yg bagus utk berniaga..Ni aku pakai duit Bumbu Babah…Sebab memang dah niat..Aku bukan fikir nak untung sangat..Asalkan tak rugi ok dah… . Jangan lupa singgah cawangan terbaru Bumbu Babah di Central I City Shah Alam eh..Tadi baru first day..Weekend ni boleh singgah eh🤝 . #lensababah #bumbubabah #nasipadang #sayaajakdansayatidaksombong
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 250 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ajak ni bukan mnunjuk. dia nak sampaikan kpd manusia selagi ada daya dan upaya.sama² la kita saling mbantu. Ajak buat orang nangis lah.. terima kasih jadi orang yang baik Ajak.. “
” Satu benda yang aku perasan.. dia sebut hadiah.. dan bukannya sedekah.. sebenarnya itu yang terbaik.. tak semua orang boleh terima sedekah.. tp semua orang boleh terima hadiah.. “
” One of the reason nak jadi kaya rezeki bukan sebab nak menunjuk tapi dapat bantu all this kind people maka tambah rezeki mereka, Allahurabbi.. “
” Oiit ajak… ni makcik pakcik wife aku.. menitik air mata aku tgk video no.. dorang ni mmg peramah n baik.. trima kasih Ajak smoga d murahkan rezki berpanjangn utk demo Ajak.. “
” Tak pasal-pasal nangis pkul 1.55 pagi ni.. please buka bumbu babah dekat nilai. semoga ajak n family dimurahkan dn dimewahkan lagi rezeki, in shaa Allah, Aamiinn.. “
” Aku nangis bila mak cik pakcik angkat tgn tadah doa panjat rasa syukur… moga dilimpahkan rezeki yg mewah buat pakcik makcik ajak Shiro.. “
” Subuh tau aku tengok ni… nasib xde org aku nk ngis nk sebak sorang2.. ya Allah kau murahkan rezeki aku supaya aku dpt buat mcm ni jgk.. “
Niat murni Ajak itu wajar dijadikan contoh dan amalan untuk semua orang. Tak jatuh miskin andai kita menolong orang lain yang memerlukan. Semoga rezeki Ajak semakin melimpah ruah dan segala yang diusahakan maju dan laris. Teruskan amalan murni ini Ajak dan jadi yang terbaik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen