Viral
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen
Video rakan baik mangsa nahas bas UPSI, arwah Muhammad Adib Hazim berkongsi cerita mengenai Adib buat ramai sebak. Bergetar suara Aiman menahan sebak masa bercerita, sedihnya kehilangan seorang sahabat baik..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai radio, Fazziq ada membuat panggilan terhadap salah seorang rakan baik pelajar UPSI, arwah Muhammad Adib Hazim yang terlibat dengan nahas bas.
Menerusi video itu, kedengaran Aiman ada bercerita bagaimana dia mula berkawan rapat dengan arwah Adib. Kata Aiman, perkenalan mereka bermula ketika di bangku sekolah menengah lagi yang mana mereka berdua ada menyertai satu program bersama.
Aiman juga ada berkongsi kenangan ketika mereka bersama-sama pergi ke Kuala Lumpur. Pada ketika itu Adib ada meluahkan rasa teringin naik menara KLCC. Kata Aiman, Adib begitu teruja kerana dia pertama kali menjejak kaki ke menara KLCC itu.

Aiman juga turut menceritakan detik dirinya mengetahui Adib antara salah seorang mangsa kemalangan. Aiman tidak menyangka Adib telah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. Selain itu, di akaun TikTok lemangkacangpanjang.com, turut dikongsikan gambar kenangan Adib bersama dua rakan baiknya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar perkongsian oleh Aiman mengenai arwah Adib. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Berair mata dengar luahan kenangan sahabat arwah Adib. Sahabat dunia dan akhirat, semoga kalian dipertemukan semula di Jannah.. ”
” Tak tahu la eh, kenapa dalam banyak2 gambar mangsa yang meninggal, memang ternampak wajah adib ni antara yang paling bersinar.. “
” Moga arwah adib di tempatkan dikalangan hambaNya yg beriman.. kita yg bukn sapa2 dgn arwah pon sedih dgrnya apatah lg family dan kwn2… Moga dipermudahkan segala urusan lebih2 lagi mak ayah arwah.. Dlm kehilangan ank tersayang.. “
” Allahhu.. Menitik air mata akak dik dgr cerita awk… Sbb akak pon pernah kehilangan sahabat baik secara mengejut… Akak doalan awk sentaisa kuat.. Slalu sedekahkan al-atihah dkt arwah.. “
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. Semoga adik kuat, dan semoga arwah Adib tenang di sana.. “
” Tengok muka baik orang nya. jernih ja. Insyaallah semoga Allahyarham adib ditaman Syurga dan Syurga ALLAH swt. amin.. “
” Setiap kali lalu video2 tragedi pelajar upsi.. Sedih sangat.. Turut merasai kehilangan mereka.. Seluruh rakyat Malaysia terkesan Dan rasa kehilangan.. Alfatihah.. “

Bergetar suara Aiman menahan sebak menceritakan kenangan terindahnya bersama arwah Adib. Semoga arwah Adib dan semua mangsa-mangsa yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, TikTok _lemangkacangpanjang.com
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti4 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

