Artis / Selebriti
” Menang besar Dato’ Red. Sporting lah Abang Long Adira ni.. ” – Komen Netizen
Video Ucapan Abang Sulung Adira Sempena Ulangtahun Kelahiran Adira Buat Ramai Terhibur. Wah Untung Besar Dato’ Red Ada Abang Ipar Yang Backup Dan Sporting Macam Ni. Sempat Lagi Dato’ Red Minta No Akaun Abang Long, Haha !!
Bagi wargamaya yang mengikuti perkembangan Adira Suhaimi dan mantan suaminya, Dato’ Red, pastinya sedia maklum mengenai keakraban Dato’ Red dengan adik beradik Adira. Malah sejak awal perceraian Adira dan Dato’ Red, adik beradik Adira banyak memberi sokongan kepada Dato’ Red.
Meninjau entry di akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment antara Dato’ Red, Adira dan Abang Long Adira ketika live semalam. Sempena ulangtahun kelahiran Adira, Dato’ Red meminta Abang Long memberikan ucapannya untuk Adira.
Ungkap Abang Long, doanya yang terbaik untuk adik bongsunya ini. Harapan Abang Long agar Adira sentiasa dimurahkan rezeki dan yang utama, cinta adik bongsunya ini untuk bakal suami nanti sambil menunjukkan isyarat tangan ke arah Dato’ Red.

Tambah Abang Long, yang sudah lepas biarkan berlalu dan dia berharap agar Adira bahagia bersama Dato’ Red yang baru iaitu yang sekarang. Dato’ Red yang dahulu hanya tinggal sejarah dan jangan datang lagi. Bagus Abang Long ini, tetap ada pesanan untuk bakal adik ipar kesayangannya itu.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Luahan tulus daripada abang long untuk Ami dan juga bakal adik iparnya.. Menang besar menang besar tok red.. “
” Hebat abang long.. dalam wish ada harapan dan nasihatnya untuk Adira dan Abang Red.. mana nak cari abang long yang sporting macam ni.. “
” Happy birthday Adira Suhaimi.. wah Tok Red dah nampak berisi lah.. hati banyak bahagiaa sekarang hehe.. “
” Abang long terbaik.. adik beradik Ami sangat sayang dan menghargai tok red.. tok ni org baikk sbb tuu family ami sayang.. “
” Happy nya tengok, alhamdulillah.. selamat panjang umur ami.. buat bakal dot dot.. bakal wedding of the year.. “
” Bagus la adik beradik ami ni.. family ami sayang betul dengan tok red.. bukan abg red yang dulu ye.. abg red yang baru.. “
” Dengar tu Tok. jangan nak mcam2 dgn Adira. jangan asik nak marah2 aja dgn Adira.. mantan ipar jadi ipar balik, alhamdulillah.. “
” Sporting la abang long adira ni.. bang long nak Abg Red yg baru bukan Abg Red yg lama.. terbaikkk bang long.. “
Bukan biasa-biasa ucapan Abang Long untuk Adira dan Dato’ Red. Harapan menggunung tinggi daripada seorang abang untuk melihat adik bongsunya kembali bahagia. Dato’ Red yang baru bukan seperti dato’ Red yang dahulu. Sama-sama kita mendoakan agar urusan Adira dan Dato’ Red dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen

