Artis / Selebriti
” Memang saya ada dengar, then lepas tu saya terkejut lah.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin menjawab dakwaan sudah bertunang dengan Amira Othman raih perhatian ramai. Ini jawapan tuan badan sendiri…
Meninjau di akaun TikTok milik ohbulan, telah dikongsikan video yang memaparkan temubual wartawan bersama aktor Fattah Amin. Menerusi video itu, Fattah menjawab dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi, Amira Othman seperti yang tular beberapa hari lalu.
Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata, dia juga mengetahui khabar angin tersebut dan terkejut. Fattah juga menafikan perkara itu dan kata Fattah lagi, dia mengetahui mengenai khabar angin itu daripada rakan-rakan media.
Selain itu, Fattah ada memberitahu sebaik berita berkenaan tersebar, pihak pengurusannya ada menghubungi pengurusan Amira bagi mendapatkan kepastian. Pada akhir sekali, Fattah menegaskan hubungan yang terjalin dengan Amira kini tidak lebih atas dasar rakan kerja.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian para peminat Fattah dan Amira. Ada yang meluahkan dan berharap agar pasangan ini akan berjodohan. Sehingga kini, video Fattah menjawab dakwaan sudah bertunang itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ohbulanofficial Hanya berkawan ya guys ☝️ #ohbulan #fyp #news #fattahamin #tunang #amiraothman #jawab #gosip
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai kenyataan yang diberikan oleh Fattah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Betul lah tu guys, Fattah dan amira takde apa2.. Fattah ni kalau ye pun nk sorok, die mesti jwb “doa yg baik2″ tanpa nafi dan iya kan..”
” Anggap je dua2 buat gimik. Takyah sedeh2.. Ada jodoh adelah.. Yg pasti semoga Amira betemu org yg betol, n yang dapat bimbing dia.. Sy ní minat Fattah pun sbb Amira. Smoga dua2 betemu jodoh masing2.. “
” Doa yang baik2 jelah.. Yang pasti Fattah Amin ni mmg betul² dah glow up, dulu aku tgk tak hensem skrg dah macam hero artis hollywood.. “
” Jawapan selamat gais dari press.. Lex2 tkn nk terus ngaku hehe tp apapun doa yg baik2 utk semua.. Kalau jd abam tah mmg sy taknk ngaku dulu.. “
” Hanya berkawan” tak bermakna tak boleh kawen.. Maybe selesa utk berkawan shj sambil kenal hati budi tanpa in relationship.. Positif okey korang.. “
” Tuan punya badan dua ni pun kata berkawan.sambil bekerja bersama. Diaorang kena usik2 itu ini tu biasalah. cuma jangan reka cerita. Life diaorang kan.. “
” Ok la tu klu stakat kwan krja je.. Lagipn baru je brcerai kan..sdikit sbyk dlm hati tu msti masih ada rasa syg trhdp exwife.. Ambil la masa lama sikit utk cari pggnti.. Moga F&F bhgia dgn haluan msing2.. “
Harap dengan penjelasan oleh Fattah mengenai isu bertunang ini sudah terjawab. Bak kata Fattah, dia dan Amira memang berkawan dan tidak mempunyai hubungan lebih daripada itu. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : TiKTok ohbulanofficial, haiselebriti, IG fattahaminz, amiraothman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Makin power suara Hadie, nyanyi live sedap sangat. Makin yakin atas stage.. ” – Komen Netizen

