Artis / Selebriti
” Memang lain dari yang lain, macam iras Zulin Aziz.. ” – Netizen

Penampilan Norreen Iman Dengan Wajahnya Disolek Dan Dirias Cantik Seperti Model Raih Perhatian Ramai. Sekali Bila Posing Terus Jadi Norreen Yang Sebenar. Memang Tak Boleh Nak Serius, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram Norreen Iman, perkongsian sebuah video yang memaparkan dirinya disolek oleh jurusolek professional bernama Bella telah meraih perhatian ramai. Ini kerana penampilan Norreen persis seperti seorang model.
Norreen tampil sangat cantik dengan memakai baju dan tudung berwarna hitam. Sekali pandangan hampir tidak kenal itu adalah Norreen. Yang dapat membezakan ialah sikap sebenar Norreen apabila tidak boleh memberikan pose yang serius.
Belum apa-apa, gelak tawa Norreen sudah kedengaran. Alamak, tak nampak model lah macam ni, hehe. Norreen sememang seorang yang gemar menghiburkan orang serta mudah terhibur. Mesti sukar buat Norreen untuk tampil serius kan.
Perkongsian ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sejak Norreen tampil berhijab sepenuhnya, Norreen nampak semakin cantik dan manis. Semakin ramai juga netizen mula meminati Norreen.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Norreen ini setelah disolek. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Part dia tergelak tu mmg pure noreen.. kau bg la posing series kt noreen ni.. mana tahan dia.. mesti gelak.. noreen memang lain dari yang lain masyallah lawanyaaaa.. “
” Takleh serius la kak Noreen ni.. ikt tergelak.. Cantik, sejuk mata dan hati memandang .Tapi perangai gila2 still ada .. Tiba2 aku jadi tersuka pulak dgn dia nih. .x cover2 cun..gila2 je.. “
” Subhanallah noinn cantik betul rupa bila dah istiqomah , admire gilaaa.. tak bolee sriess skejap ,soooooo kak nureenn.. “
” Tak payah insert background music, suara norreen143 pun dah sedap.. Lurveee sgt make up look ni .. smoga bkekalan…xmo bukak2 lg lps ni…aaminnn.. “
” Subhanallah masyaAllah cantiknyaa norren.. Rindunyaa Noreen yg gelakk ketawaaa nii .. Jap mcm iras2 Zulin Aziz.. “
” Terpaling cantik ni .. Hahahaaa… Haduuhhhh ko ni lawakkk lahhh tengok muke ko pn aku dh gelakkkkk… Ape ceerre.. Hahahahhaa.. “
” MasyaAllah Subhanallah Cantikkkk sungguh .. Macam dayang nur faizah pulak masa buat tgn tu. Lawaaa la Noreen.. “
Norreen merupakan seorang yang selalu tampil ringkas dan sempoi dari segi pemakaiannya. Sesekali apabila bersolek dan berpakaian cantik, ramai mula terpukau kan. Semoga Norreen terus istiqamah dalam menutup aurat dan semua urusan dipermudahkan. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Norreen Iman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” So touching cara Ayden nyanyi, menusuk ke kalbu. Ni versi yang lebih sedih ni Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Adik-adik Fattah dah cantik sangat untuk jadi model, nampak sopan. Yang tudung green tu manis je mukanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hati yang lembut menjadi keras bila sudah tiada rasa.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina