Artis / Selebriti
” Memang dah cantik, bertambah-tambah lagi cantik bila bertudung..” – Netizen
Gambar Terbaru Penampilan Aprena Manrose Yang Berhijab Raih Perhatian Warganet. Wah Cantik Dan Manis, Berseri-Seri Wajah Aprena. Sejuk Mata Memandang !!
Siapa tidak kenal akan pelakon Aprena Manrose atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Binti Wan Syahman. Memiliki rupa paras yang cantik dan tubuh badan yang langsing, Aprena sering dianggap belum pernah berkahwin dan seperti anak dar4.
Sepupu kepada pelakon Uqasha Senrose ini juga mendapat perhatian ramai di laman media sosial. Malah jangan tak tahu, Aprina sebenarnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bernama, Mohd Afiq Hazman.
Meninjau di akaun Instagram, anak jati negeri Kelantan ini telah berkongsi gambar terbarunya yang memakai tudung. Perkongsian gambar tersebut turut disertakan akan ucapan salam ramadhan buat para peminat-peminatnya di Instagram.

Aprena yang manis bertudung berwarna oren muda serta sedondon dengan warna baju menaikkan lagi seri wajahnya yang sudah pun putih. Perkongsian gambar Aprena sempena menyambut bulan Ramadhan itu telah mendapat puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen warga netizen.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji akan kecantikan Aprena mengenakan tudung dan ada yang turut mendoakan semoga Aprena terus istiqamah dalam menutup aurat. Antara komen-komen netizen adalah :
” Aprena memang dah cantik, bertambah-tambah lagi cantik bila bertudung, sejuk tengok, teruskan istiqamah Aprena.. “
“Alhamdulillah, cantik Aprena bertudung, sekali pandang macam Diana Amir, selamat menyambut bulan ramadan.. “
” Selamat berpuasa Aprena seisi keluarga, lawa bertudung, nampak berseri-seri wajah tu, semoga nanti Aprena akan terus bertudung, amin.. “
” Salam Ramadhan Aprena, a humble and sweet actress and lady ive met. May u be blessed and love you more.. “
” Awak cantik lah bila berhijab, selamat menyambut bulan ramadhan Aprena, semoga ramadhan ini kita sama-sama mengejar pahala.. “
” Nampak macam ala-ala minah arab pun ada, cantik. Jarang-jarang nk dapat tengok gambar Aprena senyum nampak gigi.. “
” Pakai tudung cantik lah, pakai lah terus, nampak bertambah cantik tau. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.. “

Cantik gambar Aprena bertudung, senyuman tu paling manis tau. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Aprena dan kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa buat Aprena.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Mrsaprenamanrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

