Artis / Selebriti
” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
Diusik berkahwin 3 kali oleh Dato’ Awie, video Erra Fazira membalas kembali gurauan Dato’ Awie buat ramai terhibur. Hah, sekali Erra bagi, kaw-kaw terus kena. Berdekah penonton gelak dengar kata-kata Erra tu. Berasap lah telinga Dato’ Awie, haha..
Axiata Arena, Kuala Lumpur menjadi saksi penyatuan 3 bintang ikonik negara, Dato’ Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain. Konsert Reunion Sembilu ini telah pun mendapat sambutan yang hangat daripada peminat. Persembahan yang padu disajikan untuk penonton sepanjang konsert berlangsung.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM dan Tiktok Era, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Erra membalas kembali usikan Dato’ Awie. Pada babak sebelumnya, Dato’ Awie mengatakan dirinya dan Erra sama dan seri kerana mereka sama-sama telah pun berkahwin sebanyak 3 kali.
Gamat suasana di Axiata dengan gelak ketawa penonton dan Erra membalas kembali usikan sahabat baiknya itu. Kata-kata yang Erra ucapkan membuat ketawa bergema sekali lagi. Tak sangka, itu jawapan yang akan Erra berikan kepada usikan Dato’ Awie.

Penonton terhibur melihat dua sahabat ini saling membahan ketika konsert tersebut. Baik Erra, mahu pun Dato’ Awie, kedua-duanya sangat sporting dan profesional. Erra turut menyapa suaminya, Ezwan Zain dan mengucapkan ucapan ‘ I love you’ untuk cinta hatinya itu di hadapan ribuan penonton.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Haha comel, bergurau eh legend legend kita ni.. memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setempek haha.. “
” Sporting Mr E.. Dia tahu Erra ni suka mengusik haha… Awie msti 1st love erra tp jodoh utk brkawan je.. terbaik lah Erra ni.. “
” Aku lupa dia dah ada suami haha.. bila erra panggil encik suami, terus ehh haah la ada suami dah haha.. Erra pun nakal eh, depan mr e dia sakat awie balik.. “
” Kalau jd… dorang le wedding of the year.. siap plan nk wat kt dataran merdeka lg hehe.. Sebab dh jdi member rapat, bergurau pn x sedih sentap.. dlu sensitif sgt psl bgni.. “
” Apahal aku repeat banyak kali ni haha.. kak Erra, no notty notty ye haha.. gurau gurau kelakar, dia ungkit juga. berasap lah telinga awie kena bahan balik haha.. “
” Haha comel, Awie buat hal haha.. yeyyyy perempuan kena betul.. tak nak kalah masing masing. sampai ke tua mengungkit ni haha.. mungkin anak dah 10,haha.. “
” Camtu je Erra balas balik haha.. simple je ayatnya tapi pedas woo haha.. nakal tau, Awie nak kena kan Erra, last-last dia kena balik haha.. dua-dua sama nakal ni.. “
Padu jawapan balas Erra untuk Dato’ Awie, memang berdekah lah semua mendengar ayat Erra itu. Dato’ Awie hendak membahan Erra, tetapi akhirnya Erra membahan lagi pedas. Apa-apa pun, itu hanya lah sekadar gurauan Erra dan Dato’ Awie semata-mata. Semoga pembaca juga turut terhibur menonton gelagat mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM, Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

