Artis / Selebriti
” Memang ada nampak menahan sebak. Tapi merdunya tetap didengar.. ” – Netizen

Video Persembahan Raissuddin Hamzah Menyanyikan Lagu Suatu Masa Di Konsert Ini Baru Bintang 4.0 Mendapat Pujian Ramai. Shuib Dan Anak-Anak Pun Teruja Tengok Kat Kaca TV. Namun Kapsyen Di Instagram Arwah Siti Sarah Buat Warganet Tersentuh !!
Meninjau di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin telah dikongsikan video yang memaparkan ayah arwah Siti Sarah iaitu Raissuddin membuat persembahan di Konsert Ini Baru Bintang. Menerusi video itu, Raissuddin menyanyikan lagu bertajuk ‘Suatu Masa’ .
Segak mengenakan satu sut berwarna biru, Raissuddin menyanyi dengan penuh penghayatan. Di ruangan kapsyen pula, mengatakan yang Raissuddin mengambil masa selama dua minggu untuk praktis lagu tersebut. Bukan itu sahaja, lagu ini juga ada kenangan bersama arwah Siti Sarah.
Selain akaun Instagram Siti Sarah, akaun Instagram Shuib turut berkongsi video yang memaparkan dirinya bersama anak-anak menonton persembahan Raissuddin di kaca televisyen. Kelihatan Uwais, Talita dan Matin begitu teruja menonton persembahan atuk mereka.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan tersentuh melihat Raissuddin menyanyi dan memuji kehebatan vokal Raissuddin. Sehingga kini, video nyanyian Raissuddin menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video nyanyian Raissuddin dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kalau dah orang lama nyanyi sure feel, kemerduan terpaling padu.. Mcm mn arwah anak mcm tu la ayahnya.. Dua2 suara best.. “
” Ngan aku aku tunggu setiap tune atok nyanyi da kenape, sedappp sore atok Raisuddin first time dgr patut sore anak dia merdu.. Masyalah.. “
” Kalau arwah ada ni.. Mgkin yg terpaling excited.. Kalau blh nk masuk dalam tv kan.. Sebab lama betul abah tak nyanyi mcm ni.. Mesti ayat macam ni “aaccehhh abaahhh, terbaik.. “
” MasyaAllah. Sedap. Lunak merdu mendayu. Tak perlu pun nak over pun. Sekali buka mulut dah buat org menjiwaii, powerr lah.. “
” Firts time tngok Pak Sudin perfom.. Sedap oiiiii.. Suara dia.. Otai …buka mlut je trus dot “rasa”.. Terbaikkk ar.. Sedap sangat.. “
” Memang ada nampak menahan sebak… Tp merdunya tetap didengar.. Sya tengok tadi persembahan Raissuddin.. Layan jer.. “
” Dengar lagu ni, terus rasa rindu dekat arwah Siti Sarah.. Nampak seperti arwah ada disisi ayahnya sedang menyanyi.. Al Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin.. “
Padu suara Raissuddin, memang jelas Raissudin sangat menghayati lagu ini. Menantu dan cucu-cucu pun teruja dan seronok menonton persembahan Raissuddin. Apa-apa pun semoga Raissuddin terus diberikan kesihatan yang baik dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin, shuibsepahtu, suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen