Artis / Selebriti
” Meleleh air mata aku tengok video ni. Dia hilang seorang ayah, Allah bagi 6 orang pengganti.. ” – Komen Netizen
Video Kumpulan Senario Menangis Ketika Menyanyi Bersama Anak Lelaki Arwah Hamdan Buat Ramai Tersentuh. Sayu Sungguh, Lebih-Lebih Lagi Wajah Aqem Seiras Arwah Ayahnya. Part Lan Pet Pet Dan Ahli Senario Lain Cium Peluk Aqem Tu Sebak Sangat !!
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak lagenda, Senario. Dianggotai oleh Azlee, Wahid, Mazlan, Saiful Apek, Yasin, Illya dan Arwah Hamdan, Senario masih lagi disukai dan disayangi oleh ramai peminat dunia seni tanahair. Walaupun sudah tidak bersama, Senario kembali bersatu untuk satu acara di Melaka.
Kesempatan untuk melihat kesemua anggota Senario berkumpul dan menghiburkan peminat sesuatu yang bermakna untuk semua. Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok Diana, telah dikongsikan suasana ketika Senario menyanyikan salah satu lagu dendangan mereka bersama arwah Hamdan berjudul Cinta Berkarat.
Lagu ini memang menceriakan namun suasana bertukar menjadi sayu apabila Apek turun ke pentas dan menarik tangan anak lelaki arwah Hamdan, Aqem yang turut hadir sebagai penonton. Masing-masing mula menyanyi sambil menangis di atas pentas.

Tidak hanya anggota Senario, malahan penonton yang ada di dewan juga turut merasai kesedihan itu. Ketika Lan membuka topi yang dipakai oleh Aqem, wajah Aqem itu sangat seiras dengan arwah Hamdan dan seperti melihat arwah Hamdan ketika muda. Suara Aqem juga kedengaran sama seperti arwah bapanya itu.
Jom tonton video di bawah :
@ddianadanias Masing2 nyanyi sambil nangis time ni. Minit ke 2 mcm tu diorang tarik naik anak arwah Hamdan. Auto banjir dewan. Innalillah.. Allahumafirlahu warhamhu #senario #senariounion
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Muka anak arwah hamdan sebijik macam muka ayah dia .. ya Allah meleleh air mata aku tgok video ni. First time nangis dgr lagu ni.. ”
” Anak arwah hamdan sebijik rupanya dia masa muda. Dengan aku sekali menangis. lgu ni yg dnyanyikn arwah hamdan.. hnya tggl knangan.. alfatihah bt arwah hamdan.. ”
” Bile bukak topi ank dye sebjik muka arwah hamdan.. suara pun nak sama.. senario ni sememangnya duduk dalam hati kita sebenarnya… ikut sedih dan nangis sekali.. ”
” Keakraban dorang ni smpai kita sndri pon terasa.. Allahu.. semoga arwah hamdan dtmptkn brsama hambaNya yg beriman.. ”
” Allahuakbar.. ini lah ukhuwah yang lama terjalin.. mesti anak arwah hamdan rapat sgt dgn abg2 senario… masing2 layan anak arwah macam dgn bonding bapak2. sedihnya.. ”
” Allahuakbar… Masa lan cium dahi anak arwah sedihnyer tengok. Dia hilang seorg ayh Allah bg 6 org pengganti.. Senario mmg terbaik.. TQ brothers.. ”
” Hilang seorang ayah kandung.. tetapi awk ada ramai ayah yang ganti ayah kandung awk.. smga hubungan korang kekal selamanya.. nangis juga la ini.. ”
Allah ambil arwah Hamdan tetapi digantikan dengan ayah-ayah Senario yang sangat menyayangi anak Hamdan seperti anak sendiri. Keakraban hubungan sesama Senario ini menyentuh hati warganet. Semoga arwah Hamdan tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Diana, Tiktok Aqemhmdn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

