Connect with us

Artis / Selebriti

” Mata masuk habuk. Trag1s jugak kisah percintaan Ezza dengan Remy ni.. ” – Netizen

Isteri Remy Ishak, Ezza Yusof Kongsi Kisah Percintaan Dan Video Throwback Ketika Beritahu Remy Yang Dirinya Hamil. Oo Pernah Block Dan Unblock Rupanya Masa Bercinta. Ekpresi Muka Remy Masa Ezza Tunjuk Pregnancy Test Kit Tu Comel, Sempat Lagi Buat Muka Cute Bakal Daddy Ni !!

Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof kini hanya menanti masa untuk zuriat mereka dilahirkan. Ezza yang sarat mengandung disukai oleh ramai warganet kerana sikapnya yang low profile dan selalu sopan dalam berfesyen. Remy dan Ezza juga antara pasangan yang diminati oleh ramai.

Meninjau akaun Instagram Ezza Yusof, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan throwback moment indah mereka bersama. Cerita Ezza, 7 tahun mereka berkenalan dan dalam tempoh itu pelbagai kejadian berlaku. Block dan unblocked pun pernah rupanya.

21 Ogos akan datang genap 2 tahun Ezza dan Remy bergelar suami isteri. Sememangnya setiap hubungan ada pasang dan surutnya. Putus bersambung lagi, jodoh Remy dan Ezza kuat walaupun pernah putus tunang suatu masa dahulu, namun takdir sudah tertulis mereka bersama.

Ezza turut berkongsikan reaksi Remy ketika Ezza menunjukkan pregnancy test yang menunjukkan keputusannya positif. Alahai cute eh Remy sempat lagi buat muka lagi. Muka gembira bakal bergelar ayah tu jelas kelihatan. Excited Remy mencari barangan bayi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dulu minat abang remy tapi sekarang lebih minat kak Ezza. Semoga dipermudahkan urusan untuk both of you.. ”

” Tiba-tiba khawin tu yg buat saya hampir-hampir nak gant0ng diri kat pokok pishanggg frust sgguh la mase tu.. ”

” Mata masuk habuk.. trag1s jugak kisah percintaan Ezza dengan remy ni. tapi kalau dah jodoh tak ke mana ye tak.. ”

” Tahniah mata masuk habuk.. Itu lah bila ada jodoh tak ke mana. tahniah korang.. ayat block unblocked tu nak tergelak baca.. ”

” Moga selamat semuanya Ezza, safe and smooth delivery.. cute je muka Remy bila dapat pregnancy test tu hehe.. ”

” Alhamdulillah.. sebaik2 jodoh.. Allah dh tetap kn jodoh untuk kalian.. smga Trus bhgia kekal ke syurga.. ”

” Drpd awal lg tgk pasangan ni.. suka sgt2.. semoga dipermudah urusan bersalin ezzarl .. dan semoga ikatan yg dibina kekal hingga hujung nyawa.. Insha Allah.. ”

1st time Ezza mendedah kisah cinta mereka berdua. Alahai sweet sangat akhirnya ke jinjang pelamin dan bakal ada baby tak lama lagi. Semoga urusan Ezza untuk bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tak sabar nak tengok Remy junior.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ezzarl

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT