Connect with us

Artis / Selebriti

” Mata dengan muncung tu tak boleh cover ek, kantoi terus. Ibu comel sangat.. ” – Komen Netizen

Video gelagat ibu Fattah Amin memberi hint special appearance ketika live dan kemunculan Amira Othman buat ramai teruja. Comel betul ekpresi muka ibu Fattah, memang tak pandai menipu betul. Part Fattah suruh Kak Long masuk live tu paling cute. Satu family sayang Kak Long ni.. 

Semalam telah berlangsungnya buat kali kedua live Fattah Amin bersama ibu dan adik-adik perempuannya. Mereka sekeluarga menjual produk tudung di bawah jenama ibu mereka, Ibu Azizah. Sama seperti live sebelum ini, live kali ini juga cukup tenang dan masing-masing masih lagi malu-malu di hadapan kamera.

Denim Skirt

Meninjau entry di akaun Tiktok Monalizajantan dan Instagram Imani Imtiyaz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live semalam. Fattah telah pun menjanjikan dalam kapsyennya semalam yang akan ada special appearance pada live mereka itu.

Menerusi video perkongsian ini, ibu Azizah bertanyakan secara perlahan kepada Fattah mengenai surprise yang ingin diberikan kepada viewers. Berbelit lidah ibu hendak menyebut special appearance. Fattah cuba membuat seperti tiada apa-apa tetapi gelagat ibu dan lirikan matanya kepada seseorang yang berada di belakang kamera sudah dapat dihidu oleh viewers.

Fattah cuba untuk menyorokkan siapa orang istimewanya itu sehingga hampir ke akhir live, namun terpaksa akur kerana ramai yang merajuk kerana mereka menanti dari awal live lagi. Fattah sendiri membuat reaksi muka yang comel mengajak ‘ si dia ‘ untuk masuk live dan akhirnya, wajah Amira Othman yang polos muncul.

Jom tonton video di bawah :

@monalizajantan

Mana SPECIAL APPEARANCE??? Credit LIVE: @FattahAmin #fattahamin #ibuazizah #amiraothman #tudungazizah #tiktokmalaysia #videoviral #masukberanda #fyp #artismalaysia #trending #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia🇲🇾

♬ original sound – Ummi Mona – Ummi Mona

Apple Cider Gummies

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ibu pun meminta, siap muncung-muncung tunjuk kak long. Comel sangat.. bisik2 tu dah betul, tang mata ngan muncung tu xboleh cover ek, kantoi terus hahahhahaa… ibu pun.. “

” Berdekah tengok, jujur je muka masing masing. meminta ibu ye..jgan lepas ni ibu plak yg masuk stor dh la haha.. “

” Mak dia punya main mata tuh menakutkan.. org org tertentu je paham wehh.. ibu nak sgt live ngn kaklong tu.. “

” Hahahahaha tak pandai cover2 dhlaaaa ibu fattah.. Habissss terungkaiii nohhhh patutla netizen duk meminta kaklong2 .. “

” Comel ibu pun meminta minta ekkk haha.. ibu pun nak kena masuk store jugak ni.. kak long msuk tuuu… berdebar2 saya… pndai ekk rakan sekerja nii.. “

” Adik FA pun dok geleng2.. Ibu nya pun xleh nak cover2. Nak jugak AO masuk ya Bu… Jgn lah kasi kantoi sgt bu haha.. “

” Dekat muka ibu ada subtitle.. Patut nmpk Abglong senyum lain mcm..rupsnye Kaklong ada dpn mata.. Mula2 xnk ngaku ad mira kt situ. Sudhnya bg isyarat muka ajak mira msuk live kejap. tp sporting aje fmly fattah . Suka tgk happy aje semua lg2 ibu.. “

Sporting sungguh family Fattah dan rasanya ibu sudah jatuh sayang pada Kak Long seperti anak sendiri. Adik-adik pun seronok ada Kak Long bersama. Semoga bakal ada berita baik untuk peminat FattMira nanti dan sama-sama doakan yang terbaik untuk Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Monalizajantan, IG Imani Imtiyaz 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak