Artis / Selebriti
” Masya Allah nama yang cukup indah maksudnya, unik sangat.. ” – Komen Netizen
Uyaina Arshad Kongsi Gambar Dan Nama Anak Keduanya Yang Kini Sudah Berusia 2 Bulan Lebih. Unik Sungguh Nama Anak Uyaina Ni. Maksud Pun Indah Dan Lain Daripada Yang Lain. Baby Pun Comel Sangat !!
Pengacara Uyaina Arshad telah pun selamat melahirkan cahayamata keduanya pada 18 Mei yang lalu. Sekali lagi, Uyaina dan pasangannya, Raja Syahiran dikurniakan dengan cahayamata lelaki dan mereka menggelarkannya sebagai Raja U.
Kini setelah 2 bulan lebih kelahiran Raja U, Uyaina dan Raja Syahiran berkongsikan nama dan gambar penuh anak mereka ini. Meninjau akaun Instagram Uyaina, telah dimuatnaik beberapa keping gambar photoshoot yang diambil sebelum ini. Pasangan ini memilih warna hitam sebagai tema baju mereka.
Raja Urayyan bin Raja Syahiran, itu adalah nama yang telah disepakati oleh Uyaina dan Raja Syahiran. Ilham untuk nama Urayyan diambil daripada buruj ‘ Orion’ dan dalam bahasa Greek, ianya bermaksud cahaya syurga. Dari sudut Islam pula, Buruj Orion adalah Penunjuk Arah Kiblat.

Uyaina turut mencoretkan bingkisan untuk Urayyan supaya tidak pernah hilang arah, sentiasa menjadi bintang yang bercahaya untuk memberi manfaat kepada orang sekelilingnya. Alhamdulillah sememangnya nama yang mempunyai maksud yang baik disarankan dalam agama kerana nama itu satu doa untuk si anak.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Uyaina ini sehingga kini telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Assalamualaikum baby Urayyan. Alhamdulillah masha Allah beautiful family. Nama yang cukup indah maksudnya.. ”
” Alhamdulillah.. suka nama yg berunsur Arabic sbb ada makna disebalik nya , sedap didengari dan dikalangan kita ia akan menjadi unik sekali.. Tahniah Raja Syahiran n Uyaina+Selamat datang baby Urayyan (Orion).. ”
” Assalamualaikum baby Urayyan. Semoga sihat selalu dan menjadi anak yg sentiasa mendoakan ibu bapa kelak.. ”
” Comelnya anak uyaina ni. nama dia pun unik dan best.. semoga yang baik-baik untuk baby Urayyan.. jadi anak yang hebat sehebat namanya ye.. ”
” MashaAllah kak uyainaarshad & Husband.. Tahniah on ur newborn baby.. Didoakan Semoga Urayyan menjadi anak yg soleh, beriman, menghormati kedua ibubapanya, mencintai Rasulullah S.A.W & Al-Quran.. Aminnn Ya Rabb.. ”
” Comelnya nama, Assalamualaikum baby Urayyan.. Cute je repeat the same theme with ur first born.. ”
” Subhana Allah namanya cukup indah dan membawa makna yang besar. Masya Allah tabarakallah, nama adalah doa.. semoga Urayyan menjadi anak yang soleh dan sehebat namanya apabila dewasa kelak.. ”
Antara nama yang unik dan indah maksudnya yang pernah didengari oleh semua. Nama sedap untuk tuan badannya yang comel. Semoga Raja Urayyan membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kedua ibu bapa selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen


