Viral
” Masya Allah, mula-mula ingat video Zara tadi. Muka sama, suara pun sebijik sama.. ” – Komen Netizen
Video live seorang remaja yang wajahnya begitu seiras dengan arwah Zara Qairina curi perhatian warganet. Masya Allah, bukan hanya wajah, suara pun sebijik sama. Sebak sangat masa sebut ‘mama’ tu, sama macam suara Zara panggil mamanya..
Baru-baru ini tular mengenai seorang remaja perempuan yang ditemui pada himpunan Justice For Zara yang wajahnya begitu seiras dengan wajah Zara Qairina. Remaja ini dikenali sebagai Anis Izzara dan Anis juga tinggal di Papar. Wajah Anis membuatkan ramai yang terkejut kerana begitu mirip dengan Zara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Alip26779, telah dikongsikan satu video yang memaparkan beberapa sedutan live Anis. Jika sebelum ini, warganet hanya melihat wajahnya tetapi kali ini suara Anis pula memeranjatkan orang ramai.
Ramai di kalangan warganet bersetuju mengatakan suara Anis sama seperti suara Zara. Seakan-akan mendengar suara Zara bercakap, ianya mengundang sebak di hati warganet. Masih terngiang-ngiang perbualan Zara dengan mamanya dan cara Anis menyebut ‘ mama ‘ juga serupa seperti Zara.

Ramai juga yang mengikuti live Anis menyuarakan pandangan mereka mengenai persamaan wajah dan suara Anis dengan Zara. Namanya juga ada ‘ Zara’ dan ianya menjadi pengubat rindu untuk insan-insan yang merindui Zara Qairina.
Jom tonton video di bawah :
@alip26779 serupa sama adik zara 🥹
@_.ayunzrh suara sama 🥲 #justiceforzara #xyzabc #foryoupage
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ini Anis kan yang muka sama macam Zara tu.. Suara pun sama lagi lagi bila sebut ‘ mama’ tu.. alahai rindunya suara Zara.. “
” Salam adik Anis.. suara 100 % mirip, muka 90% mirip.. Allah telah hadirkan seseorang yg menyerupai arwah adik Zara Qairina supaya Ibu arwah dapat terubat rindunya. Masyaallah.. “
” Rindunya arwah adik zara adiklah penganti zara ok. bila ani sebut ‘ sama mama’ , ya Allah sama betul dengan suara Zara.. “
” Masya Allah, mula-mula ingat video Zara tadi. rupanya ‘kembar ‘ Zara.. muka sama macam Zara, suara pun sama.. “
” Muka, suara sama dengan Zara Qairina.. muka 99% sama suara pn 99% sama dgn arwah Zara.. nama pun sama, Zara dan Izzara.. “
” Ya Allah, serupa wajah Zara.. sedih pulak lagi-lagi dengar suara dia. serupa betul.. suara yang last panggil mama tu, menangis aku dengar.. terbayang Zara panggil mama dia.. “
” Sebak tengok, apa kan lagi mak Zara. muka sama, suara pun sama.. dalam dunia ni kita ada 9 kembar jdi ada yg mirip mcm kita cuma belum di jumpai.. “
Ini juga salah satu tanda kebesaran Allah Taala. Zara telah tiada dan Anis seakan-akan bayangan wajah Zara kerana wajah dan suaranya yang persis seperti Zara. Apa-apa pun, semoga kerinduan mama Zara boleh terubat melihat live adik Anis ini. Semoga arwah Zara tenang di sana dan berlari-lari di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Alip26779, Tiktok _ayunzrh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

