Connect with us

Artis / Selebriti

” Masya Allah cantiknya rumah Aina dan Hafiz.. ” – Netizen

Video Rumah Baru Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Buat Ramai Terpersona Melihatnya. Wah, Dah Lah Besar, Dekorasi Pun Cantik. Dia Punya Feeling Macam Duduk Di Hotel 5 Bintang !!

Meninjau ke akaun Tiktok Hafiz Mahamad, perkongsian sebuah video yang memaparkan rumah baru Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina telah meraih perhatian ramai. Wah, memang cantik sungguh rumah pasangan ini. Sungguh mempersonakan.

Di awal video, Hafiz memaparkan rumah mereka sebelum ini yang merupakan rumah sewa. Rumah sebelum ini juga sudah cukup selesa, namun apabila memaparkan rumah baru mereka, ia lebih cukup daripada selesa. Sangat cantik dan besar.

Hiasan dalaman rumah baru pasangan ini cukup cantik seperti berada di dalam sebuah resort. Menurut Hafiz, rumah baru ini merupakan hak milik Aina sepenuhnya. Pastinya rasa sangat berbaloi apabila segala usaha selama ini membuahkan hasil.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 79 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Siapa sangka sebelum ini mereka hanya menyewa kerana ingin menumpukan perhatian kepada urusan perniagaan mereka sehingga berjaya.

Jom tonton video di bawah :

Watch on TikTok

Di ruangan komen ramai yang memuji kecantikan rumah baru pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Saya bukan setakat nak beli rumah, skrg nak bayar sewa rumah pun termenung doakan saya dgn suami dimurahkan rezeki ye.. “

” Kat sabah rumah mcm nie ongkos juta suda….. apa pun alhamdulillah.. semoga bertambah murah rezeki… amin30x.. “

” Baru tengok semalam rumah ni . cantik sangatt rumahnyaaa . semoga ada rezeki untuk family saya .. Semoga Hafiz, Aina sekeluarga terus dimurahkan rezeki & semoga diberi kesihatan yang baik.. “

” Masya Allah cantik ye umah aina dan hafiz.. semoga permudahkan segala urusan abg Hafiz insha’Allah kebahagian demi kerjayaan.. “

” MashaAllah cantiknyaaa semua nyaaaa  moga semua membaca , keluarga hafiz aina dan saya dimurahkan rezeki selalu.. “

” MashaAllah. Cantik nyaaa. Doakan kami juga. Kami teringin nk beli rumah sendiri  & teringin nk naik gaji.. Jangan malu kalau kita mula hidup sewa dulu.. “

” Masyaallah cantik sungguh,sume ni titik usaha berkat kesabaran hafiz dgn aina jugak rezeki tu dtgnye dr Allah swt tabarakallah.. “

Sememangnya cukup cantik dekorasi rumah Aina dan Hafiz ini. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini kerana berjaya memiliki rumah idaman yang cantik dan selesa. Semoga kejayaan pasangan ini menjadi sumber inspirasi buat orang ramai untuk berjaya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Hafiz Mahamad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak