Artis / Selebriti
” Masuk air betul Kak Lina, boss pun melayan, haha.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Cuba Minta Naik Gaji Daripada Boss Buat Warganet Terhibur. Sampai Senget-Senget Kepala Kak Lina Nak Cakap, Lawak Betul. Boss Pun Sporting Habis Layan Perangai ‘Masuk Air’ Kak Lina, Haha !!
Nama Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti yang serba boleh ini sering menghiburkan ramai dengan gelagatnya yang mencuit hati. Ada sahaja telatahnya yang membuatkan ramai tidak kering gusi menontonnya.
Diam tak diam, sekarang sudah 1 tahun lebih Elly menjadi penyampai radio dan mengendalikan segmen Carta Era 40. Dalam pada itu, ramai pendengar mengakui suka mendengar radio Era disebabkan Elly kerana terhibur mendengar celotehnya ketika memandu.

Klik gambar untuk info..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Elly sedang memujuk boss untuk menaikkan gajinya. Menerusi video itu, Elly bercakap dengan bossnya menerusi video call. Sekali lagi gelagat Elly mencuit hati warganet.

Ppada awalnya Elly bercakap dengan gayanya sendiri dan membuat mimik muka kelakar. Tidak disangka apa yang disampaikan oleh Elly membuatkan bossnya faham apa yang diminta oleh Elly. Sehingga kini, video Elly itu menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa dan ada yang netizen meluahkan rasa terhibur melihat telatah Elly tersebut. Komen tersebut adalah :
” Masuk air betul Kak Lina, boss pun melayan, haha.. Silap2 boleh jadi pekerja favourite boss kalau perangai macam ni, haha.. “
Tak pernah tak ‘masuk air’ lah Elly ni, kawan-kawan lain yang tengok pun gelak berdekah sama. Nasib lah dapat boss yang sporting, melayan sahaja perangai Elly. Apa-apa pun, Kak Lina memang terbaik. Bagi sahaja lah apa tugasan sekali pun, semua dilakukan dengan sehabis baik.

Untuk sekadar info, segmen carta Era 40 yang kendalikan oleh Elly sangat menarik. Lagi-lagi setiap minggu Elly akan berduet bersama selebriti jemputan dan ramai yang menanti lagu yang dinyanyikan oleh Elly. Apa-apa pun semoga Elly terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan segala urusannya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz


