Connect with us

Artis / Selebriti

” Master piano iringi anak-anak berselawat. Bagusnya family Amira ni.. ” – Komen Netizen

Video Abah dan adik-adik Amira Othman, Irfan Haris dan Haiqal mengalunkan selawat ketika ketibaan Amira dan Fattah Amin ke dewan persandingan raih perhatian warganet. Sejuk hati tengok keluarga Amira ni. Untung Fattah ada keluarga mentua seperti ini.. 

Sebagaimana yang diketahui umum, majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman telah pun berlangsung beberapa jam yang lalu di Persada Johor. Majlis resepsi pasangan ini telah pun diumumkan selepas pengumuman Fattah mengenai majlis pernikahannya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Tilljannahfa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah dan Amira sedang berjalan masuk ke dewan. Sama seperti majlis akad nikah, majlis ini juga diawali dengan bacaan selawat dan kali ini lebih istimewa kerana ianya didendangkan oleh adik beradik Amira.

Tidak itu sahaja, Abah Amira juga turut bermain piano dan mengiringi alunan selawat Irfan Haris dan Haiqal. Gelagat anak-anak dan ayah ini pastinya mencuri perhatian warganet. Bukan semua keluarga ada vibes seperti ini dan ianya satu keuntungan untuk Fattah kerana menjadi sebahagian daripada keluarga ini sekarang.

Abah Amira memang pandai bermain alat muzik. Irfan dan Haiqal juga diketahui memiliki suara yang merdu. Tenang mendengar alunan selawat adik-adik Amira ini. Petikan piano Abah Amira juga sangat smooth dan bersesuaian dengan majlis tersebut.

Jom tonton video di bawah :

@tilljannahfa

Selawat by Abah, Irfan, Haiqal #fattmira #fattahamin #amiraothman #setulustakdirfattahamira #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – tilljannahfa – tilljannahfa

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Faham mengapa Amira tidak terkesan dgn kata2 haters.. bila kekuatan kasih syg dari org sekeliling terutamanya limpahan kasih syg dari family sendiri sudah begini manisnya.. apalah sgt PAHIT yg sedikit itu.. haters2 dan yg suka kecam2 tu sudah2lah.. sibukkn diri kalian dgn kayakan kasih syg dlm family dan circle sendiri okay.. “

” Masha Allah bestnya family kaklong untung FA.. Mira pun untung jg masuk dlm family fattah.. ibu ayah adik2 semua baik2.. “

” Bapa mertua Fatah main piano adik ipar berselawat… teruja tengok.. Betapa beruntungnya Fattah Amin mendapat isteri syurga dan keluarga hebat ini. Terlalu merendah diri tanpa menonjolkan kekayaan yang dimiliki. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.. “

” Bagusnya family kak long ni. bahagianya tgk family Kak Long ni. Untung abg long di jodohkan dgn kak long.. “

” Alhamdulillah.. Begitu tenang sagat2 bila fmly yg mmberi kebekatan kpd kakak dn abg ipar dlm majlis prkhwinan mreka.. “

” Ya Allah touchingnya…majlis dia org slalu di iringi dgn selawat.. very inspiring.. Family yg ikhlas dlm segala hal.. “

” Sebak nya.. tahniah utk family ao menjdi inspirasi.. hebat dari ayah ke anak-anak, semua berbakat.. master piano iringi anak2 berselawat. keluarga yg hebat didikan.. “

Majlis yang indah dan lebih barokah apabila ayah dan adik beradik sendiri mengiringi Amira dengan alunan selawat yang merdu. Keberkatan itu yang dicari dan semoga ianya menjadi asbab untuk kehidupan bahagia Amira dan Fattah. Semoga aman damai dan berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Tilljannahfa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Handbag Daisy by Aliff Syukri

Trending

Copyright © Berita Kopak