Artis / Selebriti
” Masih tercari-cari apa perbezaan di wajah dorang.. ” – Netizen
Video Tracie Sinidol Dan Mira Filzah Digandingkan Bersama Dalam Sebuah Drama Buat Ramai Peminat Teruja. Wah Dah Nampak Macam Kembar Seiras Lah !!
Juara Dewi Remaja 2022 iaitu Tracie Sinidol sememangnya sering dikatakan seiras dengan pelakon Mira Filzah. Sejak bergelar juara, Tracie juga sudah mula membintangi beberapa buah drama dan bakat lakonannya tidak dinafikan.
Terbaru menerusi akaun Instagram, Tracie telah berkongsi sebuah video ketika dia sedang menjalani sesi penggambaran untuk drama terbarunya. Apa yang menarik ialah Tracie digandingkan bersama Mira dalam drama tersebut.
Menurut Tracie, ramai yang sememangnya ingin mereka berdua digandingkan bersama walaupun Tracie merasa ia sesuatu yang mustahil. Tetapi ia seperti sebuah impian yang menjadi kenyataan kerana akhirnya apa yang diharapkan tercapai.

Drama lakonan Tracie dan Mira ini akan bersiaran di aplikasi Viu Malaysia yang berjudul Gadis Masa. Tidak pasti apakah watak yang dipegang oleh Tracie dan Mira, namun pastinya ia sebuah drama yang sangat menarik. Wah, tidak sabar rasanya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa teruja melihat mereka berganding bersama. Antara komen-komen yang diberikan :
” Masih tercari cari apa perbezaan di wajah dorang mmg xde beza mcm real twins betul yg penting dua dua cantik dgn cara tersendiri.. “
” Serupa sangat, suara pun sama.. Cuba lagi cari mcm ada 5 lagi tu muka sama mcm kamu yg bulum kana jumpa di dunia.. “
” Sukanya tengok dorng.. Vibe yang sama.. comelllaaa tracie ngn miraaa.. wow twins in the same frame.. Ala kena sub viu ke nk tgk… “
” Hi, keduanya, wauu kakak n adik laa, berlakon bersama, Kalau siti khadijah ada Kembar sama artis jugak ni no 2 sumpah sama .. “
” Cuba you pakai tudung and then snap pic w MF…nk tgk pls.. Mmg kamu yg terpaling serupa dengan mira filzah.. both gorgeous.. “
” Kembar, Cant wait.. aaaa tk sabaq nk tengak.. omg tracie & mira jadi bestie ke jadi siblings dalam cite ni.. Tracie look more Mira than Mira .. “
” U both look like a twin sister!! Finally in one screen.. Tracie dengan Mira macam adik beradik kembar lah .. tak sangka betul² seiras oh .. “
Bak kata pepatah, seperti pelanduk dua serupa. Kedua-duanya sememangnya sangat seiras sehingga tidak nampak apa yang membezakan mereka. Agaknya kalau Tracie dipakaikan tudung semestinya ramai keliru yang mana satu Tracie dan Mira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tracie Sinidol
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen



