Artis / Selebriti
” Masalahnya dia yang gelak dulu. Aku gelak je sampai lenguh pipi weh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Anzalna Nasir menyanyikan beberapa buah lagu raya buat warganet terhibur. Nampak macam segan, tapi gaya tetap tak mau kalah. Lebih banyak gelak daripada menyanyi, lawak lah..
Anzalna Nasir bukan nama baru dalam industri. Pelakon wanita yang memiliki wajah cantik ini mempunyai ramai peminat. Walaupun Anzalna tidak lagi aktif berlakon, Anzalna masih lagi menjadi model dan duta untuk beberapa jenama tersohor dalam negara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Inayahbeautytrading, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Anzalna di set penggambaran produk Inayah Beauty. Anzalna tampil cantik mengenakan baju kurung moden berwarna maroon.
Pada awal video, Anzalna memberitahu dia ingin menyanyikan lagu raya dan meminta agar semua tidak menutup telinga. Beberapa buah minus one lagu raya dimainkan dan Anzalna menyanyi secara terbuka walaupun wajahnya kelihatan malu-malu.

Mendengar suara Anzalna itu, ramai yang mengusik dan meminta agar Anzalna berkolaborasi bersama Dahlia Rizal. Anzalna pula tidak dapat menahan ketawa ketika menyanyi. Walaupun segan-segan, gaya tangan Anzalna itu tidak mahu kalah dan tetap ada style tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
@inayahbeautytrading Korang dengar sampai habis tau🤣#anzalnanasir#gattox#fyppppppppppppppppppppppp#sheilarusly#bellaastillahsyedsaddiq
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kak pilih satu je, nak nyanyi ke nak gelak hahahaha.. anzalna ni jenis 2 in 1, memang tak boleh pilih. gelak tu trademark Anzalna.. “
” Mohon Anzalna collab dengan Dahlia yee.. satu²nya retis yg rare bg sy.. gelak x leh bawak bincang haha.. “
” Knp plk sy yg sengeh2 ne.. Comel.. suara sdp klau nyanyi betul2… memg suara best saje buat2 je ni.. “
” Nape aku lagi suka dengar anzalna ketawa dari nyanyi haisssss hehe. masalahnya dia yang gelak dulu haha.. “
” Dengan tangan tangan tu takleh bla.. kelakar comel plus sumbang sikit HAHAAHAAH.. please Anzalna Collab dgn Dahlia rizal.. ku turut tergelak sis.. “
” Sambil nyanyi sambil gelak.. nak nyanyi nak gelak, aku pun ikut gelak sekali. Lawak sungguh lah Anzalna ni. jarang boleh dengar Anzalna nyanyi. ini kali lah haha.. “
” Belum start nyanyi aku dah gelak haha.. Jangan bagi Eidress dengar, ni kang habis kena.. napa lagu raya ni dr mula sampai hbes aku gelak je smpai lenguh pipi weh.. ”
Terhibur warganet mendengar nyanyian oleh Anzalna itu. Anzalna dan gelak ketawa memang tidak dapat dipisahkan. Bukan sahaja Anzalna tetapi warganet pasti juga turut ketawa bersama. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Inayahbeautytrading
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

