Artis / Selebriti
” Masalahnya 2022 ke 2024 ke sama je cantik dan muda Uyaina dan husband, tak makan usia.. ” – Komen Netizen
Uyaina Arshad kongsi gambar-gambar bersama anak-anaknya ketika newborn photoshoot pada tahun 2022 dan 2024 raih perhatian ramai. Maintain je Uyaina dan suami. Pakai baju yang sama, dah macam ambil gambar pada hari yang sama pulak..
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tradisi istimewa yang diamalkannya sejak bergelar isteri dan ibu. Menerusi satu hantaran yang disertakan dengan gambar, Uyaina mendedahkan bahawa setiap kali menyambut kelahiran cahaya mata baharu, newborn photoshoot adalah perkara wajib dalam keluarganya.
Menurutnya, tradisi ini sebenarnya hadiah untuk dirinya sendiri sebagai seorang wanita yang melalui perjalanan mengandung dan melahirkan. Baginya, apabila usia semakin meningkat nanti, gambar-gambar inilah yang akan menjadi kenangan paling berharga untuk ditatap semula.
Menariknya, Uyaina tidak memilih tema berbeza untuk setiap anak. Sebaliknya, beliau menetapkan satu tema sahaja iaitu Melayu Klasik dan mengekalkannya sebagai identiti setiap sesi fotografi bayi dalam keluarganya. Jelasnya, tema tersebut begitu dekat di hati dan mencerminkan budaya serta nilai nostalgia yang ingin dikekalkan kepada anak-anak.

Uyaina juga meluahkan rasa tidak sabar menantikan tahun 2026, kerana bakal melahirkan cahaya mata ketiga. Uyaina tetap menetapkan tema yang sama untuk bakal bayinya ini. Perkongsian Uyaina ini menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Masalanya 2022 ke 2024 ke sama je cantik muda yaina dan husband..ishh x makan usia.. Nnti baby no 3 buat mcm ni lgi tau kak yana.. x sabar nk tngok.. “
” Kalo kita ni, baju tu risau dh x muat. Sbb makan tahun, baju tu mengecil. Comelnya sgt klasik tradisional ya.. Syoknya tengok.. “
” Cantiknyaa .. .. tp kan muka 2022 & 2024 sama jer , xde berubah apa pun . awet muda.. 2022, 2024, soon 2026 yayyyy Happy family.. Allahumma barik.. “
” Kita sama la Uyaina! Anak saya lahir 2022, 2024 and soon 2026 inshaaAllah. Semoga yang baik² untuk keluarga kamu! “
” Selamat kak Uyaina, smga bahagia selalu bersama keluarga, anak² Kaka menjadi anak Soleh, kebanggan orang tua, dan semoga langgeng rumah tangga nya.. “
” Samaaaaa!!! I TTC 5 years after married baru dapat 1st baby (2021) then lepas tu 2nd baby (2022) then latest (2025)….benda wajib…maternity shoot dgn newborn photoshoot…gambar-gambar laaa akan jadi kenangan terindah… “
” Konsep ni sesuai dgn family u sb husband & ank2 u ada “ Raja “ pada depan nama. Alaaa so kita ni dh terlepas, nk kne beranak semula ke cane create tradition mcmni .. “
Jika dilihat tidak nampak perbezaan langsung daripada rupa paras dan bentuk fizikal Uyaina dan suami dalam tempoh dua tahun. Mereka masih muat menyarungkan pakaian yang sama untuk anak seterusnya. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Uyaina untuk menyambut cahaya mata ketiga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

