Connect with us

Artis / Selebriti

” Masa KRU buat gimik untuk Adam masuk, memang best. Adam tetap power, tetap handsome walaupun dah comel.. ” – Komen Netizen

Persembahan khas Adam AF di Konsert GENKRU buat peminat teruja. Wah dalam lama tak nampak Adam. Padu lah suara Adam, lincah sama macam dulu..

Setelah berbulan-bulan peminat menanti, akhirnya tarikh bermulanya Konsert GENKRU tiba. Semalam telah berlangsungnya konsert tersebut untuk hari pertama. Ribuan peminat memenuhi Axiata Arena Bukit Jalil untuk menyaksikan persembahan hebat trio adik beradik ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejutan yang dilakukan oleh KRU untuk semua penonton. Ketika menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran, Adam AF muncul dari belakang pentas dan menyanyi bersama KRU.

Ianya mendapat sorakan dan tepukan daripada semua penonton. Sudah lama Adam tidak muncul di mana-mana konsert. Suara Adam masih sama seperti dahulu. Sekali pun sudah lama tidak beraksi, Adam masih tetap lincah dan menghiburkan semua dengan tarian dan suaranya itu.

Suasana menjadi semakin gempak apabila KRU berpadu suara bersama Adam, memang betul-betul terhangat di pasaran. Semua penonton juga turut sama menyanyi bersama-sama Yusry, Norman, Edry dan Adam. Mengimbau kenangan suatu ketika dahulu apabila melihat persembahan KRU dan Adam.

Jom tonton video di bawah :

@mediahiburanofficial

Mahal betul momen ni. Dah lama tak nampak Adam AF buat persembahan di konsert besar. Terus teringat zaman Adam di AF dulu. #MHnews #MediaHiburan #KRU #GenKRU

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

@haiselebriti

Untuk cerita lanjut sila ke www.haiselebriti.com Haiselebriti By @kellyazman Follow kami di : Tiktok : @haiselebriti X : @haiselebriti FB : @hai selebriti Youtube : Haiselebriti #artismalaysia #ceritaartis #haiselebriti #kellyazman #adamaf #genkru

♬ original sound – haiselebriti – haiselebriti

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mmg All Out Org2 Tua ni… Aku rase mcm dkt sekolah menengah skrg ni. Korang jangan cakap gen z tak kenal diorang ni ea. Aku antara gen z yang kenal diorang tau.. Kalau dia bawa keluar vince af tetiba pon aku masih kenal ok.. “

” Zaman Adam Af dulu ingat lgi dia suka ikat kain kt tgn, fenomena jgk rmai org buat sbb minat dia.. Duda terhangat di pasaran.. “

” Part music stop cuma drum je, then cara nk introduce adam masuk mmg sgt2 cun, ni hasilnya bila org btul2 kaya creativity buat persembahan.. “

” Aku salute kat diorg ni sbb masih bertenaga. Kita ni masuk je 40an keatas..energy dah x sama zaman umur 20an. Utk bergerak lincah, menyanyi mcm ni perlukan energy yg lebih dari biasa.. “

” Yusry norman edry maintain, tiba smpai adam fuh smngt btul.. dlu pnye macho kalah ye artis bbnu skg.. “

” Masa kru buat gimik utk adam masuk, memang best. Adam tetap power, tetap handsome walaupun dah comel.. dah berumur tapi masih cergas.. “

” Ala comel apa dia mcm tu.. still energetic apa dia menari.. Amazing how his voice is still stable while dancing after all these years being inactive. True talent.. “

Puas hati semua dengan kejutan yang diberikan oleh KRU ini. Dapat juga semua peminat mendengar suara Adam. Walaupun sudah berbeza fizikalnya berbanding dahulu, namun Adam tetap the best. Tahniah KRU kerana membuktikan KRU masih tetap unggul sampai ke hari ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Media Hiburan, Tiktok haiselebriti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak