Artis / Selebriti
” Masa Falah intubated tu, dia makan ubat tidur ke doc ? Power betul, bola mata tak gerak langsung.. ” – Komen Netizen

Perkongsian terakhir Dr Izzar sebagai penutup ulasan drama Andai Tiada Dia raih perhatian ramai. Seronok baca ulasan terakhir Dr Izzar ini. Berdekah baca jawapan Dr Izzar part pertanyaan mengenai Falah koma tu, haha..
Sepanjang bersiarannya drama Andai Tiada Dia, suami Ummi Nazeera antara insan yang banyak memberikan ilmu kepada semua penonton setia drama ini. Setiap kali ada sahaja babak yang melibatkan perubatan, pasti selepas itu Dr Izzar akan menghuraikan secara terperinci dan memberikan ilmu baru kepada semua.
Ulasan Dr Izzar seronok dibaca kerana ianya akan diselitkan dengan sedikit jenaka. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan ulasan terakhirnya sempena berakhirnya drama hebat ini. Dr Izzar menzahirkan rasa terima kasihnya kepada semua kerana memberi ilham dan pengajaran kepada pembaca yang lain menerusi komen-komen yang diberikan.
Menurut Dr Izzar, lakonan pelakon baik pelakon utama mahupun pembantu menghidupkan drama ini. Banyak perkara positif yang dapat dipelajari oleh semua penonton yang telah disajikan dari episod 1 sehingga lah episod akhir. Tema kekeluargaan dan agama digarap dengan cukup bagus oleh pengarah dan semua pelakon.
Pujian juga Dr Izzar berikan kepada pengarah drama ini kerana istilah dan situasi perubatan yang dipertontonkan dalam drama adalah tepat dan tidak hanya tangkap muat. Dr Izzar juga menyeru agar semua penonton terus memberi sokongan untuk semua drama lakonan isterinya itu pada masa akan datang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tulaa kan.. macam betul-betul koma. Kita yang tengok menangis bengkak biji mata.. dia sedap berdengkur rupanya haha.. “
” Penulisan Dr. mcm cikgu BM. Tersusun cantik je ayat caption tu, ulasan berkenaan drama pon macam kami ulas novel sekolah time saya tingkatan dulu. Terima kasih Dr atas caption caption yg menghiburkan sepanjang ATD berlangsung.. “
” Terbaikkkk dr izzar, Bagus sangat sebab ramai dah penonton yang bijak-bijak. scene di hospital sgt real hingga meruntuhkan hati2 kami.. “
” Alhamdulillah. Terima kasih Doc atas segala ilmu, ulasan selari yang bernas dan menceriakan hari2 kami. Teruskan berkelakar demi negara.. “
” Terbaik suami Ummi… sgt menyokong kerjaya isteti dan sentiasa berade di sebelah. “Orang Rumah” yg sgt function n comeyyyy… semoga rumahtangga kalian bahagia tenang hingga akhir hayat.. “
” Selain merindui falah n suri. Kami juga akan merindui celoteh doktor. all the best dr. Moga dr bahagia Dunia & akhirat.. “
” Umminazeera untung dapat orang rumah yg very supportive, informative, productive, positive semua la. Dah la kelakar dan hensem.. “
Antara komen yang mendapat perhatian daripada Dr Izzar dan jawapannya menggeletek hati semua :
Lawak sungguh jawapan Dr Izzar itu. Sama ada Dr Izzar hanya bergurau atau itu sebenarnya yang terjadi ketika babak Falah di hospital, Zahiril sememangnya berjaya membuatkan air mata penonton tumpah. Patut lah menjadi betul komanya, lena diulik mimpi indah rupanya, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hasil didikan ayah ibu yang hebat. Tengok lah cara dia, penuh dengan adab dan kasih sayang layan ibunya.. ” – Komen Netizen