Connect with us

Artis / Selebriti

” Mas Idayu lepam kahwim ni hidup ada wamwamsam.. ” – Joey Daud

Gara-Gara Mas Idayu Tiru Percakapan Joey Daud Pada Minggu Lepas, Joey Buat Kejutan Muncul Dalam Famili Duo Pada Minggu Ini Buat Penonton Berdekah Ketawa. Haa Mummy, Seru Lagi. Kan Dah Sampai Wamwamsam Atas Pentas, Haha !!

Pada minggu lalu, Mas Idayu memberi komen dengan cara yang berbeza kepada peserta adik beradik, Sharif Zero dan Syaiful Zero yang bertanding dalam program Famili Duo sehingga membuatkan ramai orang terhibur. Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai.

Syarif dan Syaiful pada mulanya keliru dengan apa yang disebut oleh Mas Idayu. Ternyata, sebenarnya Mas Idayu menggunakan slang dan percakapan pelawak Joey Daud yang pernah viral suatu ketika dahulu. Setelah sedar dengan apa yang dikatakan oleh Mas Idayu, Sharif serta Syaiful terus tersenyum dan ketawa.

Klik gambar untuk info..

Terbaru meninjau di akaun Instagram TV3, dikongsikan video persembahan daripada Sharif serta Syaiful malam semalam. Paling menarik pada minggu ini, mereka telah menjemput Joey melakukan persembahan bersama mereka. Kehadiran Joey membuat suasana auditorium menjadi riuh rendah.

Joey turut mengambil kesempatan menyakat Mas Idayu dengan bercakap slangΒ berkata Mas Idayu selepas berkahwin hidupnya sudah ada ‘wamwamsam’ . Mendengar apa yang dikatakan oleh Joey, Mas Idayu terus ketawa. Perkongsian video ini sekali lagi menarik perhatian warganet.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dengan persembahan Sharif dan Syaiful bersama Joey. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sak1t perut aku smlm, seru lagi kan, dah datang dia.. Sempoi betul lawak smlm.. Joey ni patut diberi gelaran ikon semenanjung, haha.. “

” Next ABPH kita bagi Joey pula memang.. Fax artis saya Joey dan Bell.. Lawak dorang memang semula jadi, tak payah nk try hard.. “

” Wamwamsan sudah datang lah.. Berdekah Mas Idayu kena menyakat.. Hahaha berpuluh kali aku tengok tetap tergelak juga tau.. “

” Setiap butir perkataan keluar daripada mulut Joey mesti kelakar.. Ni layak dicalonkan dalam bintang popular next year.. Level kelakar dia tak boleh orang lawan.. “

” Sekali dia keluar, terus bersilat, hahahaa.. Mommy seru minggu lepas, sekali mggu ni dia datang beb, haha.. Lenguh pipi woi ulang gelak, haha.. “

” Gelak ramai2 weh, hahahaha.. Joey tak pernah tak lawak.. Sampai tak terkata apa mummy kena menyakat, mampu senyum ja, haha.. “

” Hahaha lawak betul, pandai yer korang panggil Joey.. Mummy yang serius2 terus boleh terhibur dengan Joey, hahaha.. Memang patut menang lah.. “

Klik gambar untuk info..

Tersenyum malu mummy selepas kena usik dengan Joey. Mesti mummy pun tak sangka kan Joey akan datang memeriahkan pentas Famili Duo pada minggu ini. Apa-apa pun terbaik lah persembahan daripada Sharif dan Syaiful. Tahniah atas kemenangan kalian semalam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT