Artis / Selebriti
” Mantap betul sampai tak boleh beza mana suara original Dato’ Jamal.. ” – Netizen
Video Dato’ Jamal Abdillah Berganding Dengan Anak-Anaknya, Yamani Abdillah Dan Zaki Yamani Menyanyi Lagu Aku Penghibur Di MeleT0P. Kalau Dengar Suara Saja Mesti Ingat Dato’ Jamal Menyanyi Seorang Je. Memang Padu Lah !!
Menerusi akaun Instagram MeleT0P, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan nyanyian daripada Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah bersama 2 orang anak bujangnya, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani. Mereka bertiga menjadi salah seorang artis jemputan MeleT0P pada minggu ini.
Dato’ Jamal dan anak-anaknya ini bergabung suara menyanyikan salah satu lagu popular Dato’ Jamal yang berjudul Aku Penghibur. Rata-rata warganet terhibur mendengar nyanyian anak dan ayah ini dan yang menariknya suara Yamani dan Zaki kedengaran semakin serupa dengan Baba mereka itu.
Memetik komen warganet, jika melihat video ini tanpa melihat wajah, sudah pasti akan menyangka ianya suara Dato’ Jamal kerana suaranya begitu mirip. Anugerah Allah buat Yamani dan Zaki memiliki suara lunak merdu seperti Dato’ Jamal.

Untuk rekod, Yamani dan Zaki sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air dan pasangan adik beradik ini juga pernah bergelar juara rancangan realiti Famili Duo. Kehebatan suara mereka tidak dinafikan dan mereka tidak bersandarkan kepada nama Dato’ Jamal untuk meraih kejayaan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah suara 3 beranak ni , sama semua suara. Kalau dgr suara saja dah tak boleh beza mana suara anak mana suara bapak.. Semua sedap sama ja.. ”
” Padunya suara 3 beranak ni.. mantap betul sampai tak boleh beza mana suara original Dato’ Jamal.. merdu.. ”
” Memang tak boleh buat apa, memang anugerah Allah suara anak-anak Dato’ Jamal macam dia. padu-padu.. ”
” Bangga tengok anak-anak dato’ Jamal mewarisi bakat ayahnya. 3 Jamal ni, suara sama. Sedap suara anak-anak pun.. ”
” Mantap suara seiras je. Perghhh memang hebat lah.. syok dengar suara ayah dengan anak ni.. ”
” Cuba nak buat kelainan suara, sorry adeq2 itu Jamal Abdillah punye suara x bole lari.. sapa suruh jadi anak Jamal Abdillah hehe.. ”
” Sama-sama padu ayah dan anak2nya. Suara pun sama.. untung la diaorang anak lagenda pop tu.. suka tengok 3 beranak ni.. ”
Padu dan mantap suara Dato’ Jamal, Yamani dan Zaki ini. Apabila ayah berpadu suara dengan anak-anak, gempak lah jadinya. Boleh keliru mana satu suara Dato’ Jamal yang original. Kedengaran sama sahaja bunyi dan lenggok suaranya tu. Apa-apa pun, semoga Yamani dan Zaki akan menjadi bintang yang sehebat Baba mereka ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleT0P
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen



