Artis / Selebriti
” Mana boleh, Nabil number one.. ” – Tok Ram
Terima pujian daripada Dato’ Ramli MS, gelagat spontan Nabil Ahmad menc1um Tok Ram buat ramai terhibur. Wah, dalam garang-garang Tok Ram rupanya Nabil juga menjadi pilihan Tok Ram, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Media Hiburan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mierul Aiman cuba menjadi hos menggantikan Nabil telah membuatkan ramai terhibur. Ketika itu baru sahaja selesai persembahan daripada Sheila Abdul dan Mierul telah membuat kemunculannya.
Ketika Mierul diminta menjadi hos, Nabil pula diminta untuk turun dari pentas dan duduk di tempat penonton. Namun begitu, Dato’ Ramli MS atau Tok Ram mengkritik cara Mierul menjadi hos Gegar Vaganza dan memuji Nabil sebagai pengacara nombor satu.
Mendengarkan pujian Tok Ram itu, Nabil segera bangun dari tempat duduknya dan mencium pipi Tok Ram. Aksi spontan Nabil ini membuatkan satu dewan ketawa dan bergema. Selamba sahaja Nabil mencium pipi Tok Ram dan ini bukan kali pertama Nabil berbuat sedemikian.

Perkongsian video ini telah menerima lebih seratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun Nabil suka mengusik Tok Ram setiap kali menjadi hos di Gegar Vaganza, Tok Ram tetap memilih Nabil untuk terus menjadi hos di program ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian video ini telah menerima beberapa komen daripada para netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Mierul aiman memang sesuai jadi hos.. Mierul dah nervous dah tu dgn Sherry .. Tokram ni potong laa.. Ala tok ram support la sikit.. “
” Bukan X layak tapi bunyi mamat tu nampak sangat terpaksa , tok ram bijak.. nabil lebih menghiburkan. Mierul kena asah lagi bakat.. “
Sekadar info, Gegar Vaganza musim ke 11 ini sudah memasuki minggu ke 9. Hanya tinggal 8 orang peserta sahaja yang masih berentap untuk mara ke pusingan final. Pada malam semalam tiada sebarang penyingkiran yang berlaku.

Nabil sememangnya menjadi hos daripada musim pertama sehingga kini dan pastinya sukar buat penonton jika ditukarkan hosnya. Ini kerana para penonton sudah sebati dengan lawak dan gelagat Nabil sepanjang mengacarakan program Gegar Vaganza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen

