Artis / Selebriti
” Mama minta maaf yer korang, Ammar ni lurus bendul.. ” – Datin Shahida
Video Datin Shahida memberikan penjelasan mengenai isu anaknya, Ammar Ahyan yang dikecam oleh netizen kerana tidak mengikut protokol dan membelakangkan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ketika majlis penyerahan zakat..
Baru-baru ini, Datin Shahida ada berkongsi video yang memaparkan anak sulungnya, Ammar Ahyan mewakili dirinya dan suami, Dato’ Aliff Syukri menghadiri sebuah majlis penyerahan wang zakat. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.
Meninjau di akaun TikTok dherbs_hq, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida memberikan penjelasan setelah menerima kecaman daripada netizen. Ada pihak yang mengatakan Ammar tidak mengikut protokol ketika sesi penyerahan zakat bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Menerusi video itu, pada awalnya Datin Shahida telah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh Ammar secara tidak sengaja. Akui Datin Shahida, Ammar pertama kali menghadiri majlis protokol seperti itu. Bukan itu sahaja, Ammar adalah orang pertama yang naik ke pentas untuk penyerahan tersebut dan dalam masa yang sama membuatkan Ammar tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Datin Shahida juga berkata Ammar seorang anak yang baik, sanggup membantu ibu bapanya untuk pergi ke majlis tersebut walaupun Ammar sibuk dengan kelas pengajiannya. Sehingga kini, video penjelasan daripada Datin Shahida telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@dherbs_hq Maaf ammar ya, baru lagi nak melangkah untuk membantu mama dan abah🙏🏻 #dherbs #amamar #protokol #gosip
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dengan penjelasan yang diberikan oleh Datin Shahida dan pelbagai kata-kata pujian diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak perlu nk kecam la… Dia tak tahu protokol… Dia blm ada pengalaman… Kasihan Amayan kena kecam.. Saya tengok video itu ok je.. “
” Yg kecam tu silap silap jumpa sultan/raja pun tk pernah. Bila kita jumpa sultan/raja ni automatic kita gugup, takut, nervous. Kita pulak rakyat biasa, tak diajar protokol mcm dlm istana. Buat silap biasa la, Ammar tu budak lg korang.. “
” Bagi saya ammar dag berprotokol dah, rasa kerabt pun faham, tp dia pun dah mcm ceo dah cara dia. Takde hal la datin, ok jer Ammar… Takde mende lahhh, dia budak lagi.. “
” Hahah.. Yang kecam tu berapa Zakat dia bayar.. Pendapatan kita pon tak sampai setahun jumlah zakat dia.. Tkpe anggap je dia tgh training tu, 1st time experience.. “
” Takkpe bgus juga. Ammar blh jd pelapis Dato nti. Biasa kn dgn event rasmi good job Ammar.. Its ok, jadi kan hal tersebut sebagai pengalaman.. “
” like Ammar, he is smart well behaved and importantly he is growing. in fact he looks like my younger son. Let him grow. I wish him all the very best.. “
” Alaa.. Yang penting keikhlasan… Dalam memberi,kerabat raja pun tak kisah, korang je yg lebih ada je salah org.. “
Harap dengan penjelasan dan permohonan maaf daripada Datin Shahida tersebut tidak akan lagi sesiapa yang mengecam Ammar. Bahkan kalau menonton video itu kembali, Ammar kelihatan tidak sengaja membelakangkan Raja Muda Selangor ketika sesi bergambar. Riak wajah Raja Muda Selangor seperti sangat memahami keadaan Ammar dan sempat mengukir senyuman. Apa-apa pun, ini suatu pengajaran buat Ammar.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dherbs_hq, IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

