Artis / Selebriti
” Mama fokus awal-awal, di akhir tak menahan dah. Lama jugak enjin nak panas, hehe.. ” – Komen Netizen
YB Syed Saddiq kongsi video gelagat Mama dan Abuyanya ketika menonton Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza buat warganet terhibur. Awal-awal Mama YB bukan main fokus sampai tak berkelip mata tengok Tokti kat atas pentas. Last-last, join menari sekali, hehe..
Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza telah pun berlangsung semalam di Stadium National Bukit Jalil. Ianya mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. 65 ribu penonton hadir untuk menyaksikan konsert DS Siti ini termasuk Bella Astillah, YB Syed Saddiq dan ahli keluarga mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat YB Saddiq merakamkan telatah Mama dan Abuyanya sepanjang konsert itu berlangsung. Mama YB Saddiq ternyata merupakan peminat setia DS Siti dan menonton konsert tersebut dengan tenang dan penuh penghayatan.
Kata YB Saddiq, tidak berkelip mata Mamanya melihat kelincahan dan kemerduan suara DS Siti menyanyi. Dari awal sehingga hampir ke penamat, Mama YB kelihatan begitu fokus dengan persembahan yang disajikan. Namun ketika lagu penutup, Mama dan abuya sudah tidak mampu menahan diri daripada mengikut menari bersama alunan suara DS Siti.

Telatah comel Mama dan Abuya YB Saddiq menari itu membuatkan warganet terhibur. Abuya terpaling sporting dan pandai menari berbanding YB Saddiq sendiri. Lagu Nirmala menjadi lagu penutup semalam. YB Saddiq turut menunjukkan reaksi Bella juga fokus menghayati suara idola kesayangannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 69 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka:
” Fokus awal-awal di akhir tak menahan dah hehehe.. so comel mama abuyah hehehe.. best parents and family.. “
” Di sebalik ketenangan mama dan abuyah, rupanya sporting siap menari dan rupanya kat sebelah YB ada Bella hihi semoga ada manis-manisnya buat YB dan Bella.. “
” Panggil pun dah tak pusing mama nyer haha.. she so focus, love these moments.. apasal aku pulak yang tersenyum-senyum ni.. “
” Lama jugak ehh enjin mama tu nak panas.. sweet dan comel mama YB.. Abuya memang sporting. Lambat ye nk warm up… Hahaha… Dah ujung ujung bru enjoy.. Kikikiki.. “
” Cantek nya mama .. kluarga yg sporting dan santai .. tenang ja.. 2 jam baru panas.. orang lama x kalut dia lex santai je dengar music ,bukan mcm org muda dgr music sikit kaki dgn kepala dh goyang.. “
” Dating bawa satu family ooo, terbaik lah.. lama betul nak tunggu mama warmup eh haha.. comel je mama menari.. abuya lg pandai menari dr yb hehhe.. “
” Wei.. focus betul Dari awal sampai abis.. wah bakal menantunya belanja ye.. suka lah family ni, saling sayang menyayangi dan melengkapi.. “
Bukan main asyik dan fokus lagi Mama YB menikmati setiap detik persembahan DS Siti itu. YB Saddiq juga suka menyakat mama, kena dah kena ketuk kepala tu, hehe. Apa-apa pun, penghargaan untuk Bella kerana menggembirakan kedua belah keluarga dengan hadiah menghadiri konsert DS Siti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde macam merajuk ke. Korang ni, nasib baik YB tak angkat call tadi yer.. ” – Bella Astillah

