Connect with us

Artis / Selebriti

” Malu-malu pula si Uwais tu, sampai blushing Uwais.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Alqarni malu-malu ketika berjemu dengan Umairah raih perhatian ramai. Alahai Uwais, masa bagi hadiah pada Umai tu sampai tertunduk-tunduk Uwais dibuatnya. Pemalu sungguh, sampai merah-merah muka tu, hehe..

Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Shuib Sepahtu iaitu Uwais Alqarni menonton persembahan anak saudara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah telah meraih perhatian ramai.

Ketika melihat Umai menyanyi, Uwais sudah dilihat malu-malu apabila Umai datang mendekatinya. Namun begitu sikap Umai cukup matang dan professional ketika melihat sikap pemalu Uwais. Umai kemudian tersenyum dan menjauhi Uwais.

Uwais juga telah menghadiahkan sehelai tudung berjenama Loveta kepada Umai ketika Umai selesai membuat persembahan. Di sini lagi sekali dapat dilihat sikap pemalu Uwais apabila Uwais menundukkan kepalanya ketika memberikan hadiah kepada Umai.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apabila Umai cuba memakai tudung yang dihadiahkan wajah Umai saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Siti Sairah Taruddin.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Cantiknya umai, npk matured sgt brapa umur umai.. Umai pandai sesuaikan diri.. bagus umai ni.. cantik pulak tu.. MasyaAllah.. comel Umai…tq Uwais.. “

” Sorang muka Sarah sorang muka Saerah.. Comeynyaa umai pakai tudung dh macam rupe maknya + tokti.. Pusing2 rupe saling xtumpah.. “

” Pendapat aku kan kalau perempuan free hair cantik je tp bila permpuan tu pakai tudung perghhh cantik dia lain mcm.. “

” Umai btudung sbijik muka mak dia.. Besar dah Uwais ni sekejap je .. Uwais ni ada bakat dalam muzik.. “

” Ya’allah! Manis dn cantek nye Umairah pakai tudung .. Muka seiras lah..ada jodoh nii. Comel betul Umai  hek eleh malu2 plak si Uwais tu.. “

” Sedap suara umai.. sampai blushing uwais, Boys always be boys.. Nti uwais leh jd Ank Buah Dato ct. muka dah seiras tu.. berjodohan nanti bila dah besar.. ” 

” Muka dah nk serupa dh.. Auto lawa mcm dato siti.. Bagus Uwais.. menjaga batas dan pandangan.. Alahai sama muka umai dgn uwais. “

Nampak sangat sikap pemalu Uwais apabila berhadapan dengan Umai. Ramai pula netizen menyatakan wajah mereka nampak seiras. Apa-apa pun, semoga Umai terus berjaya dalam bidang hiburan tanah air dan juga antarabangsa. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sitisarah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT