Connect with us

Artis / Selebriti

” Mak tiri je tapi kasih sayang macam seorang ibu kandung. Nangis sama tengok Watie dengan Dekta.. ” – Komen Netizen

Coretan hati Watie Hanifiah khas untuk Thalita sempena kejayaan Thalita di Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Sebak sangat part Thalita dan Watie berpelukan dan menangis bersama..

Berakhir sudah perjuangan Thalita di pentas Talk To My Manager. Pelbagai onak dan duri ditempuhi Thalita untuk dia sampai ke pentas akhir. Tidak terhitung banyaknya kata-kata kecaman yang dilemparkan, namun Thalita tetap terus melangkah untuk membuktikan bakat yang ada padanya.

Di sebalik kejayaan Thalita, ibu tirinya Watie Hanifiah adalah tulang belakang yang paling setia bersama Thalita. Tidak sesaat pun Watie membiarkan Thalita susah dan sedih keseorangan. Kasih sayang Watie untuk Thalita dan anak-anak lain membuatkan ramai kagum dengan Watie.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana sedih selepas Thalita diumumkan pemenang tempat kedua TTMM. Thalita langsung tidak berharap untuk mendapat antara tempat teratas dan dia merasakan dia akan berada di kedudukan ke 6.

Coretan yang Watie nukilkan untuk Thalita menyentuh hati ramai warganet. Penghargaan Watie kepada Thalita dan kata-kata pujian yang diberikan kepada Thalita membuktikan Watie sememangnya ibu tiri yang teramat baik. Beruntung Thalita mempunyai ibu tiri seperti Watie.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Satu perjuangan dan pengorbanan. Thank you mummy jaga dan kasih pada anak-anak.. Saya antara saksi perjuangan, kasih sayang dan juga keinginan utk berjaya dan mendapat tempat dihati semua. tahniah Thalita.. “

” Satu hari.. kalau saya pergi dulu tinggalakn anak anak dan suami saya doakan Suami saya mendapat Seorang macam Mummy Watie ikhlas sayangkan anak anak tiri macam anak anak sendiri.. Saya pasti bahagia melihat dari jauh.. Terimah Kasih Mummy.. “

” Mak tiri je Tapiiii macam kasih sayang seorang ibu kandung.. nangis sama tengok watie dengan dekta.. “

” Sebak baca.. thank you kak watie dah jadi mummy yang baik untuk dekta dan semuaaa! Hearty semua sayang akakk.. “

” Kita pulak yg sedih tgk. suka sgt tgk watie jaga ank2 betul2 ikhlas. mommy buat kami. bertuahnya seorg lelaki yg bernama Shuib mendpt isteri sebaik Mommy watie dan anak yg baik serta cantik spt Thalita. tumpang happy dan bangga menjd sebhgian dr kejayaan ini.. “

” Penulisan yg penuh ikhlas dari hati. moga Syurga balasnya buat iamwatie yang menjaga anak2 ini dengan penuh ikhlas dan kasih.. “

” Mummy wanita hebat.. terima kasih sayang & cinta sepenuhnye hati.. Kami turut menangis.. Sian dia, dia dah xde mak.. tapi Allah maha baikk.. Allah bagi dia kasih sayang mak melalui mak yang baru. Mak yg syg dia mcm anak sndiri.. “

Sebak hati warganet melihat moment Watie bersama Thalita itu. Benar bukan Watie yang mengandung dan melahirkan Thalita, tetapi kasih sayangnya setinggi kasih seorang ibu kandung. Semoga Allah terus merahmati kehidupan Watie bersama Shuib dan anak-anak serta berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Classic Moon Sling Bag
Bostanten Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak